Umno/BN Pertaruhkan Borang Umno Dengan Geran Tanah

1327
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/Hazri.jpg

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh [Gambar] menyatakan demikian di program Lawatan Muhibbah oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Bandar D, Seri Bandi, Kijal, Kemamam, Terengganu disini, semalam.

Dato’ Seri Tuan Guru dalam ucapan taujihadnya menyatakan pemimpin mestilah bersikap adil kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira pegangan agama dan politik kerana kelak akan dipersoalkan di Padang Mashyar.

Beliau berkata rumah dan tanah merupakan keperluan asas  manusia dan kerajaan berideologi komunis pun memberi dan menyediakan rumah dan tanah kepada rakyatnya tanpa diskriminasi.

Turut hadir YB Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan, Selangor, Haji Ismail Harun, Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik, Timbalan YDP, Ustaz Alias Abdul Hamid , Setiausaha dan pimpinan PAS Kawasan Kemaman, PAS DUN Kijal dan PAS Cawangan Seri Bandi.

Ustaz Hazri mengulas, ‘tanah ini dikenali sebagai tanah belia Felcra dan telah diterokai selama 33 tahun dulu, ada peserta yang menyertainya semasa berumur 18 tahun, 20 tahun dan 25 tahun’, katanya.

‘Pada 18hb Mac 2013 lepas, MB Ahmad Said telah mengadakan majlis penyerahan geran kepada 216 peserta terdiri dari orang melayu, beragama Islam dan penduduk asal Terengganu, malangnya seramai 9 orang peserta dinafikan haknya untuk menerima geran di majlis tersebut’, ulasnya.

Beliau yang juga merangkap Naib Yang DiPertua, PAS Kawasan Kemaman seterusnya berkata, ‘sebenarnya seramai 35 peserta gagal mendapatkan geran pada majlis tersebut dan dimaklumkan kerana masalah teknikal, tetapi sebenarnya kerana perbezaan fahaman politiklah punca sebenarnya’, katanya lagi.

‘Beberapa hari sebelum majlis penyerahan geran diadakan, seramai 9 orang peserta telah diundang sebagai tetamu istimewa di kediaman MB Ahmad Said di Telok Kalong, setelah dijamu dengan juadah kesemua mereka diberi 3 syarat sebelum menerima geran tersebut’, ujarnya lagi.

‘Syarat pertama, peserta Felcra tersebut diberi borang keahlian UMNO untuk diisi, syarat kedua, peserta Felcra dikehendaki bersumpah dengan Al Quran untuk menyokong UMNO/BN dalam PRU Ke-13 nanti dan syarat ketiga rakaman pengakuan meninggalkan PAS dan menyertai UMNO oleh RTM dan TV3.’ ulasnya lagi.

Ustaz Hazri berkata kesemua 9 orang peserta Felcra tersebut diberi masa beberapa hari untuk membuat pertimbangan sebelum majlis penyerahan geran diadakan.

Kesemua 9 orang tersebut telah menolak kesemua syarat yang dikenakan oleh MB Ahmad Said tersebut.
Dalam majlis penyerahan geran pada 18hb Mac tersebut, MB Ahmad Said dengan angkuh dan sombongnya berkata  sebagai seorang MB beliau berkuasa untuk menyekat pemberian geran kepada sesiapa sahaja.

Susulan dari itu, Ustaz Hazri selaku Pengarah PAS DUN Kijal telah mengadakan perbincangan dengan peserta yang telah dinafikan hak dan dizalimi kerajaan UMNO/BN.

Seramai 25 peserta yang memfailkan saman malu kerana maruah dan imej mereka dihina dan dijatuhkan oleh MB Ahamd Said setelah mereka menerima surat jemputan secara rasmi ke majlis penyerahan geran tersebut dengan berpakaian kemas sepertimana diarahkan.

PAS DUN Kijal juga telah mengambil inisiatif dengan berjumpa dengan YM Tengku Seri Paduka Raja untuk mencari jalan penyelesaian dan difahamkan YM Tengku Seri Paduka Raja berjanji akan menanggung kesemua kos guamanuntuk 25 peserta peserta Felcra tersebut.