Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata, beliau telah dimaklumkan tentang kehilangan Pak Hasnarr oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin atau ‘Cikgu Bard’ yang akan turut menyampaikan ceramah pada malam ini, Selasa 24 Mac.
“saya dimaklumkan oleh Cikgu Bard bekas DO Sandakan yang akan menyampaikan ceramah pada malam ini di Geliga sudah hilang, tidak dapat dikesan, dia dan Cikgu Bard dijemput oleh MTD Chukai untuk menyampaikan ceramah isu semasa pra PRU-13,”ujar Hanafiah ketika menghubungi Buletinonline.
Menurut Hanafiah yang juga Pegarah MTD Chukai, Pak Hasnarr [Gambar] merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan perihal projek kad pengenalan (IC) kepada warga asing dan rusuhan yang berlaku di Sabah.
Sehubungan itu, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang bimbang akan kehilangan Pak Hasnarr.
Dimaklumkan, Pak Hasnarr bersama isterinya telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad lalu dan kemudian langsung tidak dapat dihubungi lebih dari tempoh 24 jam.
Oleh itu, menurut kenyataan tersebut, SAMM akan membuat satu laporan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam 5.30 petang ini.





























