Cawangan Ke-90 PAS Marang DiLancarkan Secara Rasmi

811
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/lancar%20cawangan%20ke90.jpg

Yang DiPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali menyeru masyarakat kampung terbabit khususnya, dan warga DUN Alor Limbat agar dapat bersama-sama dengan gelobang kebangkitan rakyat di seluruh negara dan bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

“penubuhan cawangan-cawangan baru parti-parti dalam Pakatan Rakyat samada PAS, PKR atau DAP, sudah menjadi perkara biasa (kerana ramai rakyat menyokong) dan ramai yang sudah menyertai PAS di kalangan bekas-bekas tinggi pegawai kerajaan,  bekas-bekas jeneral tentera, bekas pegawai tinggi polis, artis-artis dan lain-lain,

“saya menyeru orang kampung sini, orang Banggol Tok Ku ini supaya dapat membuka pemikiran dan bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat,”ujarnya ketika berucap dalam ceramah sempena Majlis Perasmian tersebut.

Sementara itu, Ustaz Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang berkata, PAS melakukan banyak pembaharuan berdasarkan hukum-hukum Islam dalam kerajaan persekutuan ketika bersama Barisan Nasional (BN) dari tahun 1973 hingga 1978, sebelum ‘ditendang keluar’ dari gabungan Perikatan.

Antaranya kata beliau adalah, mendesak kerajaan memberhentikan majlis tari menari dalam majli-majlis rasmi kerajaan dan menghadkan hidangan arak yang sebelumnya dihidangkan secara bebas dalam majlis-majlis tersebut, kepada hanya menteri-menteri bukan Islam sahaja.

Selain itu, laungan azan pada setiap masuk waktu solat melalui telivisyen dan radio kerajaan, adalah antara usaha PAS yang dapat dilihat dan didengar oleh seluruh rakyat sehingga hari ini.