Terengganu, Malaysia

PAS Ucap Tahniah Kepada Adik Normadia, Pelajar Cemerlang STPM

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/C%20Solah%20Ziarah%20pelajar%20terbaik%20STPM1a.jpg

Pengerusinya, Shalahuddin Jaafar berbangga dengan pencapaian anak muda Hulu Besut itu, apatah lagi keluarganya adalah ahli dan aktivis PAS setempat.

“saya mewakili PAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik Normadia binti Maanaf yang telah beroleh keputusan cemerlang dengan memperolehi pencapaian 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),

“kita juga mengucapkan tahniah kepada kedua ibu bapanya dan saya sangat gembira kerana kedua-dua mereka adalah orang kita yang aktif di Hulu Besut ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi keluarga Normadia di Kampung Gong Tebu Hulu Besut, dekat sini hari ini Isnin 19 Mac.

Menurutnya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak boleh ‘mendabik dada’, menjaja kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu kerana menurutnya telah terbukti kejayaan tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa ‘orang-orang PAS’.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/C%20Solah%20Ziarah%20pelajar%20terbaik%20STPM1b.jpgKatanya, sudah dua tahun berturut-turut  pelajar cemerlang STPM adalah dari kalangan anak-anak orang PAS dengan adik Abdul Rahim Abdullah dari Kampung Tebakang mendapat 4A dan pada tahun ini, adik Normadia.

“kita harap MB Terengganu dan bekas MB Terengganu, insaf dan sedar, sudah bertahun-tahun orang-orang PAS mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik mengikut kehendak Islam dan hasilnya kita telah lihat,

“semasa kerajaan PAS memerintah pun ramai pelajar yang cemerlang tapi kita sedar kejayaan itu adalah anugerah Allah dengan tawakkal selepas berusaha bersungguh-sungguh,”jelas beliau.

Dalam kunjungan ke rumah keluarga Normadia, Shalahuddin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Solah telah menyampaikan surat tahniah dan sedikit sumbangan kepada Normadia, yang baru kembali dari Kuala Lumpur.

Beliau dipanggil untuk menerima keputusannya oleh Kementerian Pelajaran, sebagai salah seorang penuntut cemerlang.

Menurut Cikgu Solah, pihak MTD Hulu Besut akan mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan Normadia dengan mengadakan kenduri di rumah Normadia pada 29 Mac depan.

Kedua ibu dan bapa Normadia, Jauyah binti Ismail dan Manaf bin Sale menyatakan kesyukuran kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada pihak MTD Hulu Besut yang meraikan kejayaan anaknya.

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan