Menurut Timbalan yang DiPertua PAS Besut, Shalahuddin Jaafar, kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada hari ini tidak lagi dapat membela orang-orang Melayu, sedangkan kedudukan ekonomi ngara dikatakan lebih baik berbanding pada masa yang lalu.
“saya masih ingat semasa asaya belajar di universiti dulu, masa itu negara miskin, negeri Terengganu tidak kaya…….. belum ada minyak lagi, tetapi saya diberi biasiswa sehingga habis pengajian,
“tetapi sekarang negara kita kaya, negeri Terengganu ada minyak, kerajaan Umno-BN tidak lagi melaksanakan amanah orang-orang Melayu (dan) tidak lagi memberi biasiswa kepada mahasiswa universiti,”ujarnya.
Beliau berkata dalam sibuk-sibuk pemimpin Umno bercakap soal kedaulatan negara yang diceroboh di Lahad Datu, Sabah, tiba-tiba harga minyak RO 97 naik sebanyak 20 sen.
Beliau selaku Pegerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Bersama Mahasiswa di Kampung La, dekat sini semalam pada Sabtu 9 Mac.


Sehubungan itu, beliau kesal kerana pemimpin Umno telah menjadikan wang dan projek pembangunan untuk mengumpan rakyat supaya terus menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN)
“sudah beberapa kali letak batu asas projek lebuh raya kononnya, tapi tak siap-siap…….sedangkan jalan raya Seberang (Kampung) La untuk kepentingan rakyat yang telah dibina sejak beberapa tahun dulu masih belum disambung pembinaannya,
“dia umum pula nak buat lebuhraya sedangkan jalan (Seberang Kampung La) tidak boleh digunakan…….. sepatutnya dia siapkan jalan itu dulu,”jelasnya.
Katanya, pemimpin Umno sedang giat memasang ‘broker’ untuk mencari tempat ceramah bagi kempen politik Umno dan menawarkan wang sebanyak RM3,000 sebagai ‘rasuah’ terutamanya kepada ahli dan peyokong PAS.



























