Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah berkata, ‘R’ telah berjaya menubuhkan ‘blok penyokong’ di semua daerah kecuali Hulu Terengganu, Dungun dan Marang.
“kita telah berjaya menubuhkan blok (penyokong) Kuala Nerus pada malam ini, kita telah tubuhkan di semua daerah kecuali tiga iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Marang (dan) InsyaAllah akan diselesaikan dalam tempoh terdekat,
“aktiviti kita terbaru, InsyaAllah kita akan menziarahi keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat di Besut pada Sabtu ini,”ujarnya ketika ditemui selepas melancarkan blok penyokong ‘R’ Kuala Nerus di Gong Badak, dekat sini semalam 6 Mac.
Selain itu, menurutnya, ‘R’ juga telah memutuskan akan mengadakan prgram ‘Demo dan Memo’ pada hari Rabu 20 Mac depan di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, bersama-sama Penaungnya, Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail.
Kataya, satu memorandum akan diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad said pada hari itu.
“kita juga akan buat satu program Demo dan menyerahkan Memo kepada Menteri Besar pada 20hb Mac ini InsyaAllah di Wisma (Darul Iman) dengan kehadiran (penaung ‘R’) Tengku Seri Paduka Raja,
“kita menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu untuk bersama-sama dengan kita, bersama perjuangan kita, untuk memastikan royalti dikembalikan ke negeri terengganu,”jelasnya. [Lihat Video]
Beliau menegaskan, wang royalti petroleum adalah hak rakyat Terengganu dan juga maruah seluruh warga Terengganu yang perlu dipertahankan bersama.




























