Benar! Padang Sintetik Tok Jiring Tak Cukup Saiz

2998
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/sintetik%20tak%20cukup%20saiz3.jpg

Malangnya, mungkin disebabkan Ramli tidak membaca berita tersebut dan mendengar dari mulut orang lain, justeru beliau mengambil ‘totok’ maksud bau busuk itu dan membuat komen,”bau busuk sedikit dari padang sintetik tak apalah”.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/sintetik%20tak%20cukup%20saiz2.jpgSedangkan maksud kami di Buletinonline sebagaimana dalam berita ‘Bau Busuk Bertiup Dari Projek Padang Sintetik Tok Jiring’ adalah, sebagaimana yang didedahkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, bau busuk itu bermaksud ‘penyelewengan’ yang sengaja dilakukan dalam pembinaan projek padang sintetik di Kamung Tok Jiring itu.

Atau pun memang, Ramli sengaja mahu menyelewengkan maksud ‘bau busuk’ untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap ‘sesuatu tidak molek’ telah dilakukan oleh kontraktor, yang mungkin beliau sendiri mengetahuinya.

Menurut Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman dalam berita tersebut, beberapa kontraktor yang beliau temui telah memberitahu bahawa, Ramli telah dimarahi oleh Menteri Belia dan Sukan Dato’ Shaberry Cheek memarahi Ramli dihadapan orang ramai dalam pertemuan dan lawatan Shaberry ketika melihat kemajuan projek padang sintetik itu.

Shaberry dilaporkan tidak puas hati apabila mendapati saiz padang rumput sintetik itu dibina tidak mengikut spesifikasi atau dengan makna lain, dibina lebih kecil dari saiz yang ditetapkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/sintetik%20tak%20cukup%20saiz1.jpgTinjauan kami, semalam Selasa 5 Mac, ke lokasi padang berkenaan mendapati dakwaan ‘padang tidak mengikut spesifikasi’ tersebut adalah benar.

Jelas kelihatan, para pekerja kontraktor terbabit sedang menampal rumput sintetik tambahan yang lebarnya kira-kira 10 kaki di kiri dan kanan padang terbabit.

Sebelum ini, kawasan tersebut telah dipagar, bahkan pada suatu petang, dilaporkan, padang tersebut pernah digunakan oleh sekumpulan anak-anak untuk bermain bola sepak.

Tiba-tiba, beberapa hari selepas pendedahan oleh Buletinonline, pagar tersebut telah ditanggalkan dan di cabut.

Kawasan tersebut telah diratakan dan akhirnya, ditambah dengan rumput sintetik yang bagi mencukupkan saiz padang tersebut.

AlhamduliLlah, kebenaran yang dipaparkan kami, dapat menyelamatkan wang rakyat, InsyaAllah!