DPPM Serah Sumbangan Ke Maahad Darul Quran

2539
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Gambar%20sumbangan%20ke%20Darul%20Quran%20Rusila.jpg

Majlis ringkas serahan sumbangan telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Februari 2013 pada jam 10.30 pagi bertempat di Pejabat Maahad Darul Quran Rusila.

Sumbangan diserahkan oleh saudara Mohd Adram bin Musa, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM serta Ustaz Khalil Abdul Hadi, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia dan diterima oleh YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS selaku penasihat maahad tersebut.

Musibah yang menimpa ke atas maahad berkenaan berlaku apabila bangunan di Blok B berkenaan tiba-tiba terbakar mengakibatkan seramai 90 pelajar lelaki yang menjadi penghuninya tinggal sehelai sepinggang apabila kesemua buku, pakaian dan tempat tinggal mereka hangus terbakar.

Maahad Darul Quran Rusila, Marang yang berusia 28 tahun telah mempunyai jasa dan sumbangan yang besar terhadap pendidikan Islam di negara ini apabila melahirkan ribuan ulama’ yang bertebaran di seluruh pelusuk negara. Ia menjadi mercu tanda kebanggaan umat Islam di Terengganu khususnya di Marang sebagai institusi pendidikan Islam terulung di kawasan berkenaan.

Dengan sumbangan ini mudah-mudahan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar berkenaan bagi meneruskan pengajian mereka disamping membina kembali asrama yang hangus terbakar. Adalah diharapkan lebih ramai dermawan tampil menghulurkan sumbangan kepada maahad tersebut dan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma’ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).

MOHD ADRAM BIN MUSA
PENGERUSI LAJNAH KEBAJIKAN DAN PRIHATIN RAKYAT
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA