Papan Tanda Kemewahan Rosmah DiPasang Semula

1847
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/banner%20rosmah.jpg

Menurut Ketua Penerangan PAS Hulu Terengganu, Hamazah Mohd Latif, beliau diberitahu oleh para petugas PAS tentang tindakan MBKT menurunkan papn tanda itu, dan bergegas ke lokasi papan tanda tersebut di Teluk Menara dekat sini.

[Gambar kanan – para petugas PAS memasang semula papan tanda Rosmah pada Khamis malam, 14 Februari, setelah ia dicabut penguatkuasa MBKT, pada sebelah siangnya]

Namun katanya, apabila beliau sampai, papan tanda tersebut telah dibungkus dan siap untuk dibawa pergi oleh sekumpulan penguatkuasa, yang datang menaiki sebah lori.

“salah seorang dari mereka yang saya rasa pegawai berakat mahu berunding tapi saya beritahu mereka, jangan bawa lari billboard tu, tinggalkan….. atau sebaliknya kita akan bawa turun ‘billboard’ Umno-BN,”tegas Hamazah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/mbkt%20cabut%20bannner%20rosmah.jpgBeliau menolak dakwaan penguatkuasa terbabit yang menyifatkan gambar Rosmah pada papan tanda tersebut adalah sensitif.

Katanya, ia adalah keterangan yang benar berdasarkan fakta yang telah tersebar luas, yang perlu diketahui oleh rakyat, kerana Rosmah adalah isteri kepada pemimpin utama negara, Dato’ Seri Najib Razak.

[Gambar kiri – tindakan sekumpulan penguatkuasa yang sempat dirakam oleh para petugas, bertindak mencabut papan tanda Rosmah]

Hamazah mengingatkan MBKT supaya mengambil nasihat yang telah diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Terengganu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“kita harap MBKT dan lain-lain pihak berkuatkuasa tempatan ambil nasihat Pengarah SPR Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab supaya isu pemasangan bendera parti politik di luar tempoh kempen ditangani dengan adil dan sebarang tindakan perlu seragam kepada semua parti politik,

“jangan sesekali hok PAS dia cabut tapi hok Umno-BN dia lok (biarkan), sebab rakyat kini sudah celik, sudah tahu dan sebagai penguatkuasa MBKT tidak perlu mengikut semua arahan pemimpin politik Umno-BN,”jelasnya.