Pembangunan Diatas Tanah Yang ‘DiRampas’ Haram Hukumnya Disisi Islam

1085
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/perbincanga%20meja%20bulat%20banggol%20donas.jpg

Menurut Setiausaha Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali, kes turutan (precedent case) dalam undang-undang Islam berkaitan rampasan tanah berlaku pada zaman sahabat diwaktu pemerintahan Khalifah Omar al-Khtattab.

Katanya, pemerintah Islam ketika itu mahu merampas tanah tanah bapa saudara nabi al-Abbas bin Abdul Mutalib bagi pembesaran masjidil haram yang menjadi kepentingan uat Islam seluruh dunia.

Namun, al-Abbas yang tidak bersetuju tanahnya diambil secara paksa itu telah mencabar Khalifah dan negara, membawa kes tersebut ke mahkamah.

“kalau kita buat (ambil) dalil kesah Omar (al-Khattab) nak ambil tanah al-Abbas Ibnu Abdul Mutalib, (nak) ambil tanah bukan sembarangan (tetapi) nak memperbesarkan majid al-haram……. untuk maslahhat umat seluruh dunia……ini (Banggol Donas nak buat) jalan raya je,

“bila ambil tanah tanpa keizinan (al)Abbas bantah dan dibawa masuk mahkamah………..lantik hakim Suraish dan dia membuat keputusan selepass penghujahan yang panjang, dia kata rumah Allah Ta’ala mesti dibina dngan harta yang halal, kes itu menang Abbas dan Omar serahkan balik tanah kepada Abbas,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) Haji Salleh Embong di Kampung Banggol Donas dekat sini, pada Rabu 13 Februari. [Lihat Video]

Turut sama dalam perjumpaan tersebut adalah Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Dr Khairuddin berkata, selepas kes mahkamah tersebut, hakim Suraish telah dinaikkan pangkat kerana berjaya menyelesaikan kes yang menguntungkan rakyat, bukan yang menguntungkan pemerintah.

Justeru, kata menegaskan, sekiranya dalam kes pengabilan tanah oleh kerajaan seperti yang berlaku di Kampung Banggol Donas yang terdapat ketidak telusan, kecuaian yang berlaku, atau ada kepentingan pihak tertentu, maka tuan tanah berhak untuk melawan langkah kerajaan.