Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat yang menziarahinya kelmarin berkata, Alias dan dua anaknya terpaksa tidur berlantaikan simen dan nasib serta masa depannya masih tidak menentu.
“Sudah masuk 3 minggu Alias dan dua anaknya tidur berlantaikan simen di balairaya Kampung Tuan setelah rumahnya dirobohkan oleh kerajaan Umno-BN, sehingga kini tiada khabar berita daripada Pejabat Daerah Kemaman,
“Wakil rakyat yang diharap untuk menyelesaikan masalah keluarga itu, langsung tidak bertemumuka dengannya, harapkan JKKK yang tinggal berjiran dengannya kini, bagaikan anjing menyalak bukit sahaja,”ujarnya Hanafiah.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai berkata, inilah gambaran rakyat ‘marhaen’ yang hanya dinilai dan dibayar tempoh lima tahun sekali bila tibanya pilihan raya.
Beliau rasa hairan, bagaimana Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said selaku Ketua Umno Bahagian Kemaman boleh tidur lena dalam banglo mewahnya, sedang rakyat hidup dalam keadaan rakyat menderita.
Begitu juga, katanya, Menteri Belia dan Sukan yang berasal dari Kemaman, Datuk Shabery Cheek, boleh gembira hidup di Kuala Lumpur, sedang rakyat di kampung halamannya.
Beliau menggesa pihak-pihak berkuasa menyelesaikan segera masalah yang dihadapi oleh Alias sekeluarga.
“Kita harapa kedua-dua tokoh pimpinan Umno itu dapat membantu kerana soal tanah dan soal rumah dalam bidang kuasa mereka, saya menggesa wakil rakyat menyelesaikan segera masaalah rakyat bukan menjadikan umpan pilihanraya,
“ingatlah setiap yang hidup akan mati termasuk wakil rakyat, tunaikanlah amanah sementara kuasa masih ada,”tegasnya.
Beliau berkata, sehingga kini, PAS memberi sumbangan sekadar kemampuan kepada Alias sekeluarga, dan beliau berjanji akan mengambil tindakan segera sekiranya PAS diberi mandat oleh rakyat pada PRU-13 akan datang.
“InsyaAllah…….sekiranya kita diberi mandat selepas PRU akan datang, menyelesaikan masalah keluarga Alias adalah menjadi keutamaan kita,”tambahnya
Alias bin Muda 53 tahun, nombor kad pengenalan 590619115091, bersama dua anaknya yang sedang bersekolah dalam tingkatan satu dan darjah lima, menjadi mangsa pelarian di tanah air, apabila rumah menjadi tempat berteduhnya rumahnya dirobohkan.
Barang-barang peribadinya, pakaian dan lain-lain telah diambil dan di ‘tohok’ di balai raya berhampiran, dibiarkan tanpa pembelaan tanpa jaminan hidup.
Alias seorang duda tidak mampu untuk membeli tanah atau pun mendirikan sebuah rumah dengan pendapatan sebagai nelayan sebanyak RM700 sebulan.
Bahkan beliau sebelum ini mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM200 sebuah dan rumah yang telah dirobohkan itu adalah rumah bantuan PPRT.
Berita sebelum ini;
Roboh Rumah Rakyat Miskin; Mana ADUN Umno? Mana Menteri Besar?
























