Timbalan Pengarah MTD Bandar Syed Hasan Syed Abdullah berkata, ia adalah berdasarkan sokongan para pengundi melalui semakan yang dilakukan oleh gerak kerja semua peringkat jentera pilihanraya termasuk Cawangan, muslimat dan pemuda.
“kita telah gerakkan jentera di setiap peringkat, cawangan…….muslimat dan pemuda, membuat semakan dari rumah ke rumah, memberikan penerangan isu-isu semasa mengedarkan risalah dan berjumpa pengundi sasaran,
“kita yakin, pada kali ini PRU-13, DUN Bandar akan menjadi milik PAS dan Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan baru bagi negeri Terengganu,”ujarnya.


‘Mood’ rakyat untuk berubah sangat tinggi dan beliau yakin, mereka akan memilih, walau siapa pun calon PAS yang akan bertanding di DUN terbabit sebagaimana ‘gelombang reformasi’ pada pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999.
[Gambar kiri; Pengarah MTD DUN Bandar Ustaz Ahmad Shah sibuk melayan tetamu yang hadir]
Oleh itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan, samada dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan masa bagi menjayakan program Jamuan tersebut dan kerja-kerja pilihanraya yang sedang berlangsung.
Menurutnya, lebih seribu orang hadir dalam ‘program kebajikan’ tersebut




























