Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

ADUN Paka Tutup Kelemahan Dengan Menghina Orang Lain

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/laporan%20kemarahan%20adun%20paka.jpg

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu.

Mungkin merasa malu dengan pendedahan tersebut yang membuka pekung realiti kehidupan sebenar rakyat di kawasan beliau yang dikenali sebagai lokasi pusat Industri Petroleum Terengganu, tapi masih ada rakyat yang hidup merempat.

KAMI mengucapkan tahniah atas pendedahan ini yang dibuat secara berani, telus dan bertanggungjawab serta menepati etika kewartawanan tulen. Tanggungjawab media adalah melaporkan, dalam masa yang sama mereka tidak turut terlibat dalam senario yang berlaku. Memaki hamun wartawan atas laporan yang disiarkan adalah tindakan tak beretika dari seorang yang buta ilmu media.

Umum sedia memaklumi, setiap laporan yang disiarkan adalah terbuka untuk disiasat, dibincang, diperdebatkan, dianalisa, diulas dan apa sahaja demi memastikan kesahihannya. Termasuk juga dalam kes laporan rumah kotak tersebut. Kalau sesuatu laporan itu palsu dan faktanya menyeleweng, ada undang-undang yang melindungi pihak yang teraniaya. Tindakan mahkamah boleh diambil.

Seorang ahli politik yang bijak akan menjadikan segala sumber laporan yang ada sebagai suatu input untuk beliau merancang perancangan yang terbaik demi rakyat yang diwakili. Kalau ada yang terlepas pandang kemudian ada orang lain membantu mendedahkannya, sepatutnya ucapan terima kasih yang diucapkan, bukannya penghinaan dan caci maki.

Saya yakin wartawan yang sama bersedia untuk mengiringi YB Paka menziarahi keluarga tersebut sambil menghulurkan bantuan dan memberikan liputan istimewa atas kunjungan beliau. Tapi atas tindakan bodoh yang telah dibuat, siapa yang untung?

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan aktivis Media Independen (KAMI)
Terengganu

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan