Ibarat seorang yang sedang nazak, tiba2 teringat untuk melakukan kebaikan bagi menutup segala macam kebobrokan yang dilakukannya selama ini.
Di Kelantan, PM istiharkan 7 projek besar menjelang PRU13 sedangkan selama hampir 23 tahun PAS memerintah, segala macam tekanan dilakukan untuk menganiaya rakyat Kelantan.
Begitulah apa yang dilakukan dalam projek pembahagian sumbangan ini seperti mana lagaknya orang yang sedang membahagikan harta pusaka kepada anak-anak sebelum mati.
Seseorang yang sedang berdepan dengan sakaratul maut tidak harus lupa betapa mereka hanya boleh berwasiat tidak melebihi 1/3 daripada harta yang ada kerana tindakan melebihi had itu pasti akan menyusah dan menzalimi waris yang berhak menerima selepas kematiannya.
Saya mencadangkan agar jumlah itu (RM100) ditambah melalui sikap berhemah kerajaan dengan melupuskan peruntukan salahguna wang kerajaan sebanyak RM20 Billion setahun akibat pelbagai ketirisan, salah urus, pemborosan dan amalan kronisma yang berleluasa berlaku dalam kerajaan pimpinan UMNO/BN sebagaimana dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.
PAS Kawasan Besut juga ingin merakamkan ucapkan tahniah kepada wakil rakyat (YB) yang tampil menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut.
Saya mendapat maklum balas hampir di setiap majlis mereka berkempen dan menghentam pihak pembangkang sedangkan mereka lupa majoriti ibupada dan penjaga yang hadir telah pun membuat keputusan awal siapa yang akan mereka pilih dalam PRU13.
Saya yakin guru-guru yang hadir sedang memerhati gelagat ini secara serius.
Di sinilah secara simpati saya rakamkan ucapan takziah khusus untuk kerajaan menjelang pilihanraya umum yang boleh diistiharkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Sekian dan terima kasih.
Yang benar,
HAJI WAN AZHAR WAN AHMAD
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut
Merangkap Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu
Tarikh : 29 Januari 2013











