Calon Bukan Islam Guna Lambang PAS

1249
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/PC%20Datuk%20Tuan1.jpg

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Majlis Syura PAS telah membenarkan perkara tersebut dan PAS akan memilih calon yang sesuai untuk bertanding dari kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)

“Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan program Munaqasyah Ucapan dasar Presiden di Markas PAS Kuala Ibai, di sini Jumaat 25 Januari.

Beliau berkata, DHPP sebagai sayap parti PAS yang baru, mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.

Walaupun beliau adalah penyokong PAS dan bertanding atas tiket PAS, namun Kumutha tidak menggunakan lambang PAS.