Seluruh Dunia Bertumpu ke Jalan Raja Laut malam ini !

948

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/na_ha.jpgWalaupun ia satu kejutan, namun ramai yang berpendapat, Muktamar Khas tidak perlu diadakan kerana tidak ada apa yang perlu segera dibincang dan diputuskan.

Tanggapan Tok Guru Nik Aziz ada pemimpin yang bemasalah kerana mereka adalah ‘pro-umno’ juga tidak berasas kerana keputusan berkaitan sebarang hubungan dengan Umno samada perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan, atau muzakarah atau mukabalah sekalipun, semuanya telah disimpulkan pada Muktamar lalu di Shah Alam.

(Gambar – Dua Tok Guru berdakapan sewaktu bertemu sebelum mesyuarat khas malam ini di pejabat Agung PAS- ihsan Harakahdaily)

Walaupun Tok Guru menyatakan beliau sudah tua untuk dipengaruhi atau didalangi oleh seseorang, namun ia adalah keadaan biasa sekiranya seseorang pemimpin mengambil pandangan dan pendapat orang lain dalam sesuatu hal yang mahu diputuskan atau diambil tindakan.

Ironisnya, apabila ‘meletup’ sahaja berita yang bersumberkan laman blog Tok Guru Menteri Besar Kelantan itu, ramai yang terbayang dimata mereka dua wajah, yang sering bersama-sama Tok Guru Nik Aziz, mengiringinya pada majlis-majlis rasmi kerajaan khususnya.

AlhamduliLlah, perkara yang menjadi isu dalaman PAS pada kali, hampir sama dengan yang pernah berlaku sebelum ini, iaitu hubungan antara PAS dan Umno.|

Justeru, setelah berlaku kali pertama diantara Tok Guru Nik Aziz dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu (masa itu), Dato’ Mustafa Ali, dan berulang sekali lagi kepada Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, tidak ramai ahli-ahli dan penyokong PAS yang melatah jauh sekali merapu.

Cuma yang betul-betul menonjolkan sifat ’meroyan’, sewel tak tentu pasal adalah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang membuat komen ’penuh mulut’ mengatakan PAS menghadapi masalah kepimpinan.

Baca Seterusnya >>>