Buku Amanat Haji Hadi Diulang Cetak

4056
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/buku%20amanat.jpg

Minggu lalu, Jabatan Penerangan Pemuda PAS Kelantan turut melancarkan sebuah buku bertajuk Amanat Haji Hadi, Amanat Haji Mahathir dan Amanat Haji Najib yang terkandung dengan fakta penting tentang amanat termasuk keratan akhbar berkaitan.

Sehubungan itu, Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi berkata buku Amanat Haji Hadi setebal 52 halaman itu terkandung pelbagai input mengenai amanat yang ditulis sendiri oleh Presiden PAS.

“Buku (Amanat Haji Hadi) ini lebih kepada untuk memberi penjelasan terperinci. Buku ini mempunyai pelbagai tajuk iaitu jihad, negara Islam, perpecahan umat, mustika hadis dan Islam,” ujarnya.

Menurut beliau, sebagai permulaannya buku tersebut akan diulang cetak sebanyak 5,000 naskah yang akan diedarkan kepada orang ramai.