Guru Pasti Terjejas Banjir Terima Bantuan

1019
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/guru%20pasti%20terima%20bantuan.jpg

Bendahari Pasti Kemaman, Ustaz Wan Muhammad Zawawi Wan Hassan berkata guru-guru Pasti yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini semua diberi bantuan.

Menurutnya, sebanyak tujuh buah Pasti terlibat iaitu Pasti Bukit Mentok, Pasti Pasir Minal, Pasti Seberang Tayor, Pasti Air Putih, Pasti Paya Berenjut, Pasti Mak Chili dan Pasti Kampung Jaya.

Katanya, kesemua mangsa-mangsa banjir tersebut ditempatkan di pusat pemindahan banjir di sekolah berdekatan.

“Kita (Pasti) buat perubahan dan penambahbaikkan Pasti Kemaman pada tahun (2013) ini. Soal kebajikan akan lebih diberi perhatian demi mengekalkan prestasi anak-anak Pasti.

“Guru (Pasti) sebagai pendidik amat penting untuk masa depan anak-anak supaya dapat melahirkan pelajar soleh, cemerlang di dunia dan akhirat, Insya’Allah,” jelasnya

Menurutnya, bantuan dan sumbangan akan disalurkan lagi jika pihak pengurusan mendapat lebih banyak peruntukan selepas ini.

Seorang guru Pasti, Kutom Mat Ali, 45, dari Taman Desa Solehah, Mak Chili Kemaman mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak pengurusan Pasti Kemaman.

Beliau mewakili rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir menerima musibah banjir ini sebagai ujian dari Allah SWT.

“Saya dan rakan-rakan guru Pasti ingin ucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur dengan apa yang diperolehi dari pihak pengurusan Pasti.

“Kami semua reda dan terima musibah ini dengan sabar kerana ini ujian Allah SWT. Kami akan terus berkhidmat demi masa depan anak-anak dan syiar Islam,” ujarnya.

Menurutnya, akibat banjir besar di Kemaman banyak barang-barang rumah rosak serta gagal diselamatkan kerana ditenggelami air.