Timbalan Pengerusi ‘R’ Terengganu, Hj Ahmad Amzad Hashim berkata satu konvoi berkenderaan ‘R’ Terengganu akan menyusul konvoi berbasikal ‘R’ Kelantan, ‘Cycle For Royati (C4R), pada Khamis 10 Januari.
“InsyaAllah, konvoi ‘R’ Terengganu akan berlepas dari Masjid Rusila pada 10hb (Januari) dan akan dilepaskan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
“kita akan bersama-sama menyerahkan memorandum kepada Petronas di KLCC pada 11hb Januari,”ujarnya ketika ditemui.
[Gambar – Pengerusi MTD Rantau Abang Cikgu Alias Harun melepaskan C4R, berlepas dari Dungun pada pagi Isnin 7 Januari, menuju ke daerah Kemaman dan dijangka sampai sebelah petangnya]
Sementara itu, wakil pengayuh basikal ‘R’ Kelantan, Mohd Zulhazmi Hassan (Jemming) dan pengayuh tunggal ‘R’ Terengganu Syed Solah Syed Hassan mengajak seluruh anak muda untuk bangkit menuntut hak dan tidak lagi tertipu dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mereka berkata demikian dalam sesi temubual dengan Buletionline yang diadakan pada Ahad 6 Januari. [lihat Video]




























