Terengganu, Malaysia
Berita

120 Anggota Amal Bertugas Selama Tiga Hari TMT 2.0

120 Anggota Amal Bertugas Selama Tiga Hari TMT 2.0

DUNGUN – Seramai 120 anggota Jabatan Amal Terengganu digerakkan sepanjang tiga hari program Himpunan Teguh Memimpin (TMT) 2.0 bagi membantu memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan awam sepanjang program berlangsung.

Ketua Jabatan Amal Terengganu, Mohd Hasmizie Hasan berkata, penugasan itu dilaksanakan secara syif dengan hampir 50 anggota bertugas pada setiap hari.

Menurutnya, antara tugasan utama anggota adalah mengawal aliran lalu lintas serta membantu aspek keselamatan awam di lokasi program.

120 Anggota Amal Bertugas Selama Tiga Hari TMT 2.0

“Sehari hampir 50 orang bertugas. Tugasan adalah lalu lintas dan juga keselamatan awam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak program, pada semalam.

Tambahnya, Jabatan Amal sentiasa bersedia memberikan khidmat apabila diperlukan, bukan sahaja dalam aspek keselamatan, malah turut membantu memastikan perjalanan sesuatu program berlangsung dengan lancar.

120 Anggota Amal Bertugas Selama Tiga Hari TMT 2.0

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan