Terengganu, Malaysia

Jemputan PAS Terengganu Medan Tumpuan Ridzuan

Jemputan PAS Terengganu Medan Tumpuan Ridzuan

(Gambar : Ridzuan menghadiri pertemuan bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, yang turut menghimpunkan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) semalam)

KUALA TERENGGANU – Jemputan PAS Terengganu untuk hadiri Teguh Memimpin Terengganu TMT 2.0 bukan sahaja jadi tumpuan tetapi juga medan bagi menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, YB Ustaz Riduan Sarif menyifatkan hubungan dan ukhuwah antara kedua-dua negeri amat bermakna.

“Jemputan PAS Terengganu untuk menghadiri Himpunan TMT bukan sahaja menjadi ruang pertemuan, malah memberi peluang kepada kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera PAS Terengganu.

“Bantuan, sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada jentera Melaka sepanjang gerak kerja pilihan raya yang lalu amat bermakna dan sangat kami hargai,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, segala pengorbanan, kesungguhan dan ukhuwah yang terjalin antara jentera kedua-dua negeri amat dihargai serta akan terus dikenang.

“Sebagai Wakil Rakyat DUN N17 Bukit Katil, saya amat menghargai jemputan ini. Lebih istimewa, ia menjadi ruang untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera PAS Terengganu.

“Bantuan, sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada jentera Melaka sepanjang gerak kerja pilihan raya yang lalu amat bermakna,” ujarnya.

Tambah beliau, hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Melaka dan Terengganu diharap terus diperkukuh bagi memastikan gerak kerja perjuangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.

“Semoga hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Melaka dan Terengganu terus erat, serta perjuangan dan amanah yang dipikul sentiasa dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Jemputan PAS Terengganu Medan Tumpuan Ridzuan

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan