Paras Air Banjir di Besut Surut Sedikit

2189
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/banjir%20air%20putih.jpg

Namun begitu, beliau berkata, paras air sungai di Bukit Kenak mulai naik.

“Air banjir di bandar Jerteh semakin surut, tapi paras air di sungai Bukit Kenak mula naik…… menenggelamkan beberapa bahagian di (Kampung) Alur Lintah, (Kampung) Alur Lintang dan Kampung Amer keatas (dan kawasan berhampiran),”ujar Hafizi ketika dihubungi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/banjir%20besut.jpgSementara itu, keadaan banjir di kawasan DUN Air Putih Kemaman disifatkan paling terusk sejak tahun 1984. [Gambar atas – banjir di Air putih, Kemaman]

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim, lebih 60 keluarga telah di pindahkan.

“di kampung Air Putih, lebih 60 keluarga telah berpindah ke Sekolah Kebanggsaan Air Putih yang mana mengikut kawasan Kampung Banggol, Teladas  dan Tanah Lot seramai 156 orang,

“dan 37 orang dari kawasan Kampung Tanjung dan kawasan yang berdekatan,”ujarnya

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/banjir%20besut1.jpgManakala Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS Terengganu melaporkan, sehingga jam 12.30 malam semalam (hari ini 25 Disember) manga-mangsa yang dipindahkan di kawasan Kemaman adalah seperti berikut;

1. Surau Hj Ali Geliga, Kemaman Kemaman, 24 orang dari 6 Keluarga
2. Masjid Lama Padang kubu, Kemaman, 66 orang dari 17 keluarga
3. Balairaya JKKK Padang Kubu, Kemaman, 125 orang dari 42 keluarga
4. Balairaya Kampung Teladas, Kemaman 70 org dari 25 keluarga