Agen AS Geledah Rumah Ilhan Omar, Cetus Kontroversi Politik

8

WASHINGTON – Kediaman Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Ilhan Omar, dilaporkan digeledah oleh agen penguat kuasa persekutuan dalam siasatan berkaitan dakwaan penipuan imigresen, sekali gus mencetuskan kontroversi politik menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS.

Omar, wakil Demokrat dari Minnesota yang dilahirkan di Somalia, mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada kempen intimidasi politik terhadap dirinya.

“Selama 10 tahun, Trump telah menyasarkan saya dengan pembohongan dan kempen memburuk-burukkan yang tidak berasas,” katanya.

Ilham Omar

Beliau turut menegaskan: “Ini hanyalah peningkatan terbaharu dalam kempen intimidasi politiknya. Saya tidak akan didiamkan.”

Siasatan itu dilaporkan berkaitan persoalan mengenai dokumen imigresen Omar ketika beliau masih kanak-kanak. Bagaimanapun, dakwaan penipuan tersebut belum dibuktikan secara terbuka dan penggeledahan tidak bermakna beliau telah melakukan kesalahan.

Insiden itu turut menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan unsur politik dalam tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap tokoh yang lantang mengkritik Presiden Donald Trump.- SumberAP