Ketua Misi yang juga Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah berkata selain mengagihkan ubat-ubatan, misi kali ini adalah penting bagi mengenalpasti lokaliti yang sesuai untuk membangunkan sebuah bengkel pembuatan anggota palsu.
“Kami (Amal Malaysia) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pemuda PAS Terengganu yang prihatin dan mengumpul sumbangan orang ramai untuk dibawa ke Gaza, Palestin.
“Di sana (Gaza), kami bekerjasama dengan NGO perubatan dari Mesir yang akan sama-sama berkhidmat di khemah-khemah pelarian di Gaza dan sempadan Palestin,
“kita juga akan mengenal pasti lokaliti yang sesuai bagi pembangunan sebuah egkel pembuatan anggota palsu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rakaman ucapan terima kasihnya atas sumbangan kutipan derma ‘Dana Palestin’ oleh Pemuda PAS Terengganu kepada Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu.


“Kita (Amal Malaysia) akan mengenal pasti lokasi tapak yang sesuai untuk bina makmal untuk membuat anggota palsu seperti kaki dan tangan.
“Pada bulan Disember 2012 ini, seramai enam orang pelajar Palestin yang sedang belajar di sini (Malaysia) akan tamat dan mula berkhidmat di tanahair (Gaza) untuk buat kaki palsu dan lain-lain,” jelasnya.
Justeru, katanya sumbangan orang ramai masih diperlukan sepanjang masa bagi membantu umat Islam di Palestin.
Menurutnya, pihak Amal Malaysia berusaha mengumpul dana untuk dibawa ke Gaza-Palestin paling kurang sebanyak RM250,000.00 bagi misi perubatan dan kemanusiaan tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dan para dermawan boleh berurusan terus dengan Dr Suhazeli di talian 019-956 3653 atau Mustafa Ismail (Bendahari) 013-930 2197 atau akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu, No. 513014036939.




























