3,000 Rumah Baru Israel di Tebing Barat Ketika Palestin Naik Taraf di PBB

819
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/sambutan%20undi%20PBB.jpg

Ketika sebahagian besar penduduk Palestin di Gaza dan di Tebing Barat bergembira meraikan keputusan undi tersebut, regim Israel sebaliknya telah meluluskan pembinaan 3,000 rumah baru di penempatan haram di Tebing Barat.

Keputusan Israel itu, tidak sampai tempoh 24 jam selepas PBB mengundi untuk Palestin dilihat sebagai tindak balas terhadap pengiktirafan kepada Palestin dan mengancam untuk meluluskan pembinaan selanjutnya.

Rumah-rumah tersebut dilaporkan akan turut didirikan di kawasan E-1 di Baitulmuqaddis Timur, yang akan memisahkan bandar bersejarah itu dari bandar-bandar Arab disekitarnya.

Israel, AS Kalah Diplomatik

Keputusan pengundian di PBB kelmarin disifatkan suatu pengiktirafan kepada Palestin sebagai sebuah negara oleh rakyat Palestin dan merupakan kekalahan diplomatik bagi Israel dan AS.

Selepas keputusan keseluruhan sebanyak 138 negara menyokong dan 41 berkecuali, bendera Palestin dikibarkan di belakang perwakilan Palestin.

Presiden Palestin Mahmud Abbas berkata, dengan keputusan di PBB itu, pihaknya bukan mencari penyelesaian untuk ‘memperkecilkan’ Israel tetapi untuk mengesahkan Palestin sebagai sebuah negara.

Menurutnya, dengan pengiktirafan itu, sudah tiba masanya dunia membuat penegasan memberhentikan Israael dari terus mengganas, menyerang dan menduduki serta membina penempatan baru di tas tanah Palestin.

Manakala seorang aktivis Paletin Amerika, Ali Abunimah dilaporkan Al-Jazeera berharap, kegembiraan penduduka Palestin yang menyambut keputusan PBB itu sebagai suatu permulaan besar mengembalikan hak Palestin sebenarnya.

Beliau berkata, tidak wajar sambutan besar-besaran dibuat menyambut kemenangan undi itu, sedang sebahagian keluarga di Gaza masih bersedih kerana kematian akibat serangan Israel bau-baru ini

“Saya harap semua ini gembar-gembur dan menari di jalan-jalan di Ramallah dan khayalan diri di kalangan rakyat adalah untuk pencapaian yang sebenarnya (iaitu) mengembalikan hak kepada rakyat Palestin.

“Ada sesuatu yang tidak selaras dan tawar mengenai (sekiranya) Pihak Berkuasa Palestin menaja festival tarian di jalan-jalan di Ramallah sementara keluarga di Gaza masih berkabung anak-anak mereka.

“Ini [undi] adalah gangguan gergasi; isyarat yang murah, yang membolehkan orang ramai untuk meraikan seolah-olah mereka dalam perlawanan bola sepak.”jelasnya.

Pemberitahuan****Rombongan Misi Rehabilitasi dan Perubatan Yayasan Amal Malaysia akan bertolak ke Palestin pada 15 Disember 2012, InsyaAllah. Rayuan derma dan sumbangan untuk Gaza sedang giat di jalankan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/misi%20amal%20gaza.jpg