Mempertahankan Hak adalah ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’

1027
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/Haris%20Malik.jpg

Beliau menegaskan, adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk mempertahankan hak individu masing-masing kerana ia termasuk dalam perkara ‘amar makruf dan nahi mungkar’.

Hak-hak tersebut katanya, bukan sahaja kepada ‘Mat Rempit’ yang merempit dijalan raya tetapi hak kepada semua manusia untuk menunggang motosikal dengan merasakan nikmatnya.

Menurut beliau, sekiranya  seseorang  dibawa ke balai polis kemudian beliau dipukul dan dipaksa , perbuatan tersebut, katanya, dianggap sebagai tidak menghormati nilai-nilai kemanusiaan.

Katanya, jika keadaan seumpama itu berlaku kepada mana-mana individu, laporan polis hendaklah dibuat.

“kalau kita ni bo gi (dibawa) masuk (ke) balai polis lepas tu pula (polis) memukul dan memaksa,  ini tidak menghormati nilai manusia, (tiada) penghormatan yang diberi kepada manusia (sekiranya) cara guna (kan) kekerasan,

“apa salahnya kita sebagai wargenegara malaysia ni juga, menjadi kewajipan , menjadi tanggunjawab (kepada) kita buat laporan polis ,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ‘Hak Anda dan Kuasa Polis’, yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Pantai Teluk Ketapang dekat sini, pada Jumaat 30 November.

Katanya, laporan polis perlu dibuat keatas perlanggaran hak asasi manusia supaya ia tidak menjadi suatu budaya ‘negatif’ yang berleluasa oleh pihak polis.

Menurutnya, ia bagi mengekalkan sikap hormat menghormati antara polis dan masyarakat dan keboleh percayaan kepada pihak polis sebagai penguatkuasa.

Sehubungan itu, beliau berkata, dalam urusan melibatkan sesuatu operasi pihak polis, adalah amat penting  untuk mengetahui samada seseorang individu  itu ditahan polis atau pun tidak.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/teluk%20ketapang.jpgSekiranya, tidak ditahan, katanya, seseorang individu itu bebas pergi dan pihak polis tidak boleh melakukan apa-apa.

Sebaliknya, kata beliau, walaupun seseorang individu itu ditahan, pihak polis ‘tetap’ tidak boleh memaksa individu itu bercakap apa-apa.

“jadi , yang pentingnya , secara ringkas….. samada saudara akan ditangkap atau tidak . kalau tidak ditahan,  soheh ! (saudara) boleh buat apa  saja , kita boleh lari (dari polis), dia tak boleh bat apa-apa,

“(dan) ingat ! (sekiranya ditahan) masa kita kena tangkap , dia (polis juga) tidak boleh paksa kita bercakap  (kerana) perkara ini akan cakap di mahkamah,  dia tidak boleh paksa kita , dia tak boleh  tanya ini dan itu,”jelasnya.

Oleh itu, beliau menggesa seluruh masyarakat mempertahankan hak masing-masing kerana ia termasuk dalam ajaran agama ‘menyeru kepada kepbaikan dan mencegah kemungkaran’.

Katanya, masyarakat akan menjadi rosak sekiranya hak-hak individu dan hak asasi manusia tidak ditegakkan.

Beliau berkata dalam negara demokrasi hak-hak asasi manusia itu termasuk hak kesamarataan dan persamaan di sisi undang-undang serta tanggungjawab memilih kepimpinan, memilih negara dan dasar yang baik.

“itu negara demokrasi, tidak ada orang boleh paksa kita,  kita mempunyai kewajipan memilih sistem yang lebih baik,

“kita mempunyai kebebasan untuk memilih dan menikmati hidup dalam sesebuah negara, kebebasan yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak,”katanya.

Justeru, beliau menyeru setiap individu melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai rakyat dan hamba Allah membenteras segala penyelewengan dan salah laku yang berlaku dalam masyarakat.