Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Keganasan Regim Israel Mesti DiHentikan Segera

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/palestine2.jpg

Sudah masuk hari ke tujuh rakyat Palestin dibom bertubi-tubi dengan jet-jet pejuang dan peluru-peluru berpandu dari angkatan laut Israel laknatuLlah, menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada infrastruktur Semenanjung Gaza.

Sehingga kini, lebih 120 orang telah terbunuh dan hampir seribu orang tercedera, termasuk para petugas media yang menjadi mangsa kekejaman regim Israel.

Oleh itu Yayasan Amal menyeru masyarakat antarabangsa mengambil apa jua usaha untuk menekan Israel supaya menghentikan pemusnahan dan tindakan zalim terhadap rakyat Palestin dengan segera.

Selaku manusia bertamadun langkah-langkah perlu diambil untuk mengembalikan keamanan di Palestin dan semua umat didunia adalah bertanggungjawab atas kematian wanita dan kanak-kanak Palestin sekiranya hanya memandang sepi dan berpeluk tubuh melihat tindakan ganas Israel.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/palestine1.jpgUntuk membaiki keadaan ini, yang paling minima yang ada bagi kita adalah jihad di jalan Allah, kerana itu adalah jalan yang tebaik, tetapi bagi kita, rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk pergi bersama saudara-saudara kita di Palestin, menjadi kewajipan kepada kita menghulur apa jua bentuk bantuan.

Justeru, Yayasan Amal menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Terengganu bersama-sama berganding bahu menggembeling tenaga dan wang ringgit bagi membantu rakyat palestin.

Sumbangan kepada Yayasan Amal boleh dibuat melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Cawangan Kuala Terengganu No. Akaun 13017010824095 atau melalui wakil-wakil kami yang akan datang ke tempat-tempat saudara.

InsyaAllah, Yayasan amal Malaysia akan menghantar misi kemanusiaan ke sana dalam masa yang terdekat untuk terus menyampaikan dana bantuan kepada mereka.

Marilah kita bersama-sama berdoa dan bermunajat agar saudara-saudara kita di Palestin diberikan kekuatan dan keberkatan serta rajmat daripada Allah dalam menempuh dugaan ini.

Yang ikhlas,
Suhazeli Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu
07 Muharram, 1434H/ 21 November, 2012

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan