Dalam temu bual dengan saluran berita India NDTV, Suu Kyi berkata Rohingya adalah pendatang haram dari Bangladesh, ketika melawat India pada minggu lalu.
“Adakah terdapat banyak lintasan haram sempadan (di Bangladesh) masih berterusan? Kita harus menghentikannnya jika tidak masalah ini tiada kesudahan,
“Bangladesh akan mengatakan semua orang-orang ini telah datang dari Burma (Myanmar) dan Burma mengatakan semua orang-orang ini telah datang dari Bangladesh.”
“Jangan lupa bahawa keganasan telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak, ini adalah sebab mengapa saya memilih untuk tidak berpihak dan juga saya ingin berusaha ke arah perdamaian,” Suu Kyi memberitahu saluran berita tersebut.
Ekoran kenyataan tersebut, Kementerian Luar Bangladesh telah membantah komen Suu Kyi yang menyifatkan ada warga Bangladesh di kalangan Rohingya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Luar berkata ia terkejut dengan komen itu jelas bertentangan dengan kedudukan pemerintah Burma, dan tindakan yang diambil oleh mereka untuk menyelesaikan isu itu sejak beberapa tahun yang lalu.
Bangladesh menegaskan, bukti sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Rohingya adalah etnik telah tinggal di negeri Arakan selama berabad-abad, manakala Bangladesh wujud hanya pada tahun 1971.
Oleh itu, tidak ada sebab untuk mengada-adakan cerita ada warganegara Bangladesh yang tinggal di negeri Arakan panjang sebelum 16 Disember 1971.
Manakala Obama ketika mengulas isu serangan udara Israel ke atas Gaza telah berkata, Amerika menyokong penuh tindakan serangan tersebut sebagai ‘mempertahankan diri’ pihak Israel.
Komen Obama itu telah dibuat ketika beliau melawat negara Thailand, lewat minggu lalu, sebelum melawat Burma dan bertemu Suu Kyi di kediamannnya pada 19 November.
Sedangkan dengan jelasnya, Israel telah merampas wilayah Palestine semenjak tahun 1948 apabila Israel dengan bantuan kuasa-kuasa Barat telah diisytiharkan sebagai sebuah negara diatas tanah Palestine yang diduduki secara haram.
Seramai 700,000 rakyat Palestine telah diusir keluar dari rumah dan tanah air mereka ketika Perang Palestine pada tahun 1948.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengggunakan istilah ‘Wialayah Yang Diduduki Israel’ secara sah menafikan hak rakyat Palestin, merujuk kepada wilayah dirampas oleh Israel semasa Perang Enam Hari 1967 dari Mesir , Jordan , dan Syria .
Wilayah tersebut terdiri daripada Tebing Barat , termasuk Baitulmuqaddis Timur dan Gaza.
Sementara itu, tindakan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini ‘kononnya’ bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin adalah ‘hipokrit’ semata-mata.
Sebaliknya pada masa yang sama, Umno dan BN meneruskan perdagangan minyak sawit antara kerajaan Malaysia dengan Israel.
Dua syarikat tempatan, Mewaholeo Industries Sdn Bhd dan IOI Croklan Sdn Bhd telah dikesan terlibat dalam penjualan minyak sawit terus dari Johor ke Israel.
Kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononnya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan.
Kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara, dibuat hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.
Selain itu, Pengerusi ANAK Mazlan Aliman berkata terdapat bukti jelas penjualan Minyak Sawit Mentah Malaysia, MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura.
Beliau mendedahkan salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu, ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar dikuasai oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga berketurunan India yang berpengkalan di Dubai.
Menurutnya, sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kepada 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini telah dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).
“Detik hitam bermula, minyak sawit mentah mula dijual kepada syarikat Israel! (sedangkan) Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, Gaza jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini. Pemimpin Umno berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawit daripada hasil negara kepada Israel!,”ujarnya.
Justeru, satu Himpunan Aman akan diadakn dihadapan Pejabat Felda Jala Semarak Kuala Lumpur pada 23 November, 2012 bagi membantah dan mendesak penjualan minyak sawit ke israel dihentikan.










