Gagal Tingkat Khidmat; Bukti Klinik 1Malaysia Sebuah Projek Politik

1592
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/K1M.jpg

Menurut Ahli Jawtankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, idea untuk menyerapkan doktor swasta ke dalam perkhidmatan kerajaan telah lama di war-warkan bagi mengatasi kekurangan pegawai perubatan.

Katanya,  inisiatif menambah baik perkhidmatan K1M untuk rakyat itu masih gagal dan tidak menjadi kenyataan kerana ia tidak dapat menarik minat doktor swasta menyumbangkan khidmat mereka.

“Kementerian kesihatan juga pernah mengeluarkan idea mewajibkan para doktor swasta berkhidmat dengan kerajaan untuk jumlah jam tertentu dalam sebulan sebagai syarat untuk mereka memperbaharui lesen pengamalan tahunan,

“tetapi akhirnya sepi. Yang berlaku adalah sebaliknya, doktor kerajaan yang pergi buat part time di swasta,”

“Bayangkan di klinik (masing-masing), berapa orang pesakit mampu dirawat dalam masa sejam dan berapa caj dikenakan utk seorang pesakit……,

“Kalau purata seorang doktor merawat 10 pesakit sejam dengan caj RM30 seorang, ianya sudah terlalu jauh (bezanya) dengan apa yang kerajaan tawarkan,”jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/bukti%20klinik%201Malaysia%20Politik.JPGBeliau berkata, di samping soal bayaran yang agak rendah dengan kadar RM80 sejam yg ditawarkan, soal komitmen para doktor swasta dengan perjalanan klinik masing-masing menghalang mereka menghulurkan khidmat.

Beliau meyakini, pengamal-pengamal perubatan swasta bukanlah terlalu materialistik sehingga tiada ruang masa untuk mereka memberikan khidmat kebajikan, tetapi kesedian mereka ini bukanlah kunci kpd penyelesaian permasalahan yg berlaku.

[Gambar kanan; sambut hari lahir di Klinik 1Malaysia….bukti sebuah program politik Umno-BN…..??]

Tegas Dr Azman, kenyataan Menteri Kesihatan itu juga adalah bukti benarnya dakwaan selama ini bahawa K1M adalah projek politik dan terbukti telah gagal memberikan khidmat kesihatan sebaiknya kepada pesakit walaupun cajnya cuma RM1.

“Apa makna caj semurah itu (RM1) cuma utk mendapatkan panadol!…..Sesuatu projek yang dilaksanakan dengan tujuan politik seperti K1M, natijah hasilnya juga untuk orang politik.

“Rakyat hanya melopong dengan hajat untuk mendapatkan rawatan terbaik yang tak tercapai….,”tambahnya