Kerajaan Yang Menzalimi Rakyat Wajib DiTentang

1176
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/salleh%20beri%20memo.png

“apa sahaja pembangunan bukan sahaja di Terengganu bahkan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, jangan menzalimi rakyat jangan meminggirkan rakyat,

“apa lagi semta-mata kerana (mahu) mengaut keuntungan….projek-projek pembangunan yang ada rasuah, yang ada macam-macam…..inI satu perkara yang wajib ditentang!,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima memorandum dari Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPUR) Haji Salleh Embong di Parlimen pada Selasa 30 Oktober.

Tindakan tersebut bukan bermakna rakyat menolak pembangunan, namun menurutnya, rakyat mesti dilibatkan dalam pembangunan itu dengan memberikan bantuan yang munasabah.

Beliau berkata, sekiranya rakyat yang terlibat dengan satu-satu pembangunan itu tidak mampu untuk berpindah ke tempat lain, kerajaan perlu merangka satu mekanisme.

“kalau rakyat itu tak ada duit tak ada sumber, kerajaan buat satu mekanisme….. atu cara….satu sistem untuk membantu, supaya memungkinkan mereka terlibat dengan pembangunan,”jelasnya.

Sehubungan itu, Haji Salleh Embong mendakwa kerajaan dengan ‘rakus’ telah melanggar akta pengambilan tanah semasa tanah diambil bagi satu projek pembangunan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/salleh%20beri%20memo3.pngMenurutnya, satu contoh yang berlaku adalah pengambilan tanah untuk membina jalan susur keluar dari lenuhraya di Kampung Banggol Donas, Kuala Terengganu.

Katanya, kontraktor projek tersebut telah melakukan ‘putar belit’ dan ‘peras ugut’ dengan cara membina jalan tersebut sebelum ia diwartakan.

“cara-cara putar belitnya ialah….cara peras ugutnya ialah, kontraktor membina jalan terlebih dahulu sebelum diwartakan……,”

“saya nak tanya para wartawan….dimana dalam dunia ini kontraktor buat jalan tanah milik (individu) tanpa warta,”soal Haji Salleh dalam sidang media selepas penyerahan memorandum tersebut.

Beliau berkata, isu perlanggaran tanah rakyat Kampung Banggol Donas adalah isu nasional kerana projek tersebut dibiayai oleh Dana Khas Kerajaan Persekutuan.

Katanya, beliau telah menjalankan perlbagai usaha termasuk menghantar dua surat kepada Perdana Menteri, berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Negeri Terengganu.

Namun katanya, jawapan yang diterima ‘berbelit-belit’ apabila Ketua Pengarah JKR menyatakan jajaran jalan yang dibina adalah bidang kuasa kerajaan negeri, sebaliknya Ahmad Said

“Pengarah JKR kata yang menentukan jajaran adalah kerajaan negeri, saya ke pejabat ketua pengarah saya dapat surat rasmi ia adalah kerja kerajaan negeri,

“tetapi apabila saya berjumpa dengan Menteri Besar (Terengganu) dia kata jajaran ini ialah JKR yang lulus…. ini dua kenyataan yang amat berbelit,”tegasnya.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan ADUN Batu Burok Dr yed Azman Syed Ahmad Nawawi serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.