China Tahan Sarjana AS Dari Myanmar Kerana Disyaki Mengintip

63
Min Zin, seorang penganalisis politik dan cendekiawan AS, telah menjadi tumpuan selepas pihak berkuasa China mengesahkan penangkapannya atas syak wasangka pengintipan dan membahayakan keselamatan negara China.

China mengesahkan penangkapan Min Zin, seorang warga Amerika Syarikat yang mengetuai sebuah badan pemikir yang menberi penumpuan kepada Myanmar.

Jurucakap Kementerian lLuar, Lin Jian berkata warga Amerika itu disyakki mengintip dan membahayakan keselamatan negara China.

“Difahamkan bahawa Min Zin telah ditahan jenayah oleh pihak berkuasa yang berkaitan mengikut undang-undang kerana disyaki terlibat dalam pengintipan dan membahayakan keselamatan negara China,” katanya pada sidang akhbar pada Jumaat, 12 Jun.

Beijing telah memaklumkan konsulat jeneral AS di bandar Guangzhou di selatan China tentang penangkapan itu, tambahnya.

Min Zin, pengarah eksekutif Institut Strategi dan Dasar (ISP) – Myanmar, ditahan selepas dia terbang ke Kunming di barat daya China, kata tiga orang yang mengetahui perkara itu.

Mereka semua meminta untuk tidak dinamakan kerana sensitiviti isu tersebut.

Jabatan Negara AS dan ISP-Myanmar tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan komen daripada Reuters.

“Min Zin telah ditangkap di lapangan terbang Kunming kira-kira dua minggu lalu,” kata salah seorang daripada mereka, enggan memberikan butiran lanjut.

Penahanan itu dibuat ketika AS dan China sedang berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dua hala mereka yang terputus susulan lawatan Presiden AS Donald Trump ke Beijing bulan lalu.