Umno; Singa Tua Yang Tidak Ada Gusi

952
http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/idris-ahmad.jpg

dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika  PR memerintah. Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP.

Pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata.  Pertama  hendak meli hat supaya Dap melatah dan keluar PR. Kedua untuk menarik sokongan orang cina kepada Mca, kerana sokongan orang cina kepada Mca dan gerakan hampir sudah tidak ada.

Pada mulanya pemimpin Umno mampu senyum walaupun penghinaan di hadapan pemimpin Umno kerana  demi kuasa dan sokongan undi orang bukan Islam. Sekarang pemimpin Umno sudah resah tektik ini tidak menjadi. Harapan untuk melihat Dap melatah tidak berlaku. Manakala sokongan orang Cina untuk beralih sokongan masih tidak berhasil. Orang bukan Islam sudah memahami bahawa isu ini dibangkitkan untuk memancing undi dan memecahkan sokongan kepada PR. Semua fitnah ini dijawab dengan amalan bukan dengan ucapan oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Pas. Mereka sudah melihat keharmonian yang begitu terjalin sehingga tidak ada sikap prajudis dan penindasan atas nama agama dan kaum  selama 22 tahun di Kelantan.  Umno dan Mca hanya mampu gigit jari sahaja, kerana strategi  ini tidak menjadi. Manakala imej Umno semakin tercalar di hadapan pengundi Melayu, seolah-olah Umno hanya seperti singa tua yng tidak ada gusi ketika Mca memperlekehkan Islam, sehingga Umno sudah berada di zon yang kurang oksigen untuk bernafas.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat