Seruan Khidmat Komuniti Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Di Mindanao Filipina 2012

1506
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/korban%20mindanao.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/korban%20mindanao.jpgYayasan Amal Malaysia (YAM) melaksanakan program ibadah qurban dan aqiqah pada tiap kali umat Islam menyambut Eidul Adha setiap tahun di seluruh dunia.

AlhamduliLlah, pada tahun ini, 2012 bersamaan 1433 Hijriah, para sukarelawan yayasan Amal akan turun ke sebelas buah negara bagi tujuan memberikan khidmat komuniti dn melaksanakan ibadah tersebut.

Sayugia dimaklumkan, pada tahun ini Yayasan Amal Cawangan Terenggganu telah di amanahkan mejadi wakil untuk menjalankan Ibadah Qurban & Aqiqah di Mindanao.

Objektif utama program ini adalah:

i. Menjadi wakil kepada peserta yang berminat untuk menunaikan Ibadah Qurban/aqiqah di tempat yang lebih diperlukan, ii. Menjalankan khidmat komuniti seperti jamuan kepada fakir miskin dan khidmat kesihatan di kampung terpencil Mindanao.
iii. Meningkatkan hubungan persaudaraan nusantara sesama muslim.
iv. Sehubungan dengan itu saya merayu kepada seluruh masayarakat untuk sama-sama menyumbang dalam program yang cukup bermakna ini.

Sukcita kami memaklumkan, tahun ini adalah merupakan tahun ke-4 Yayasan Amal Terengganu diberi amanah bertemu dan memmberikan khidmat kepada saudara-saudara seIslam kita di Mindanao.

Justeru, melaksanakan ibadah Qurban adalah suatu ibadah yang dituntut oleh Islam, Yayasan Amal menawarkan kepada semua umat Islam di negara ini yang berhasrat untuk bersama-sama kami menunaikan ibadah tersebut sekaligus membantu saudara-saudara kita di Mindanao.

Kepada mana-mana pihak yang berminat, boleh menghubungi kami di talian;

0199563653 (Dr Hj Suhazeli),
012-9831183 (En Nordin),
014-5013269 (Cg Fauzi) atau
013-9302197 (Hj Mustaffa).

Harga untuk satu bahagian lembu adalah RM300, manakala seekor kambing RM400. Tarikh tutup penyertaan adalah 22hb Okt 2012.

Maklumat lanjut berhubung ibadah Qurban dan aqiqah dan aktiviti bantuan dan sukarelawan Yayasan Amal boleh dilayari di http://yamterengganu.blogspot.com/.

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia
Cawangan Terengganu

*** Wartawan Buletinonline (BO) turut serta dalam Misi Ibadah Qurban dan Aqiqah Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun 2011. Ikuti liputan BO sperti dibawah;

*Tahun ketiga berkorban di Mindanao

*Perjalanan Yayasan Amal Terengganu ke Bandaraya Islam Marawi
*Mindanao Hari Kedua – Lawatan ke Hospital SMD
*Mindanao Hari Ketiga – Solat Sunat Eidul Firi di Mindanao State Universiti
*Mindanao Hari Ketiga – Ibadah Korban di Pakalundu, Selatan Lanao
*Mindanao hari keempat Korban di Marawi dan ziarah Darul Abrar
*Misi Yayasan Amal Terengganu ke Mindano berjaya
*Rakaman Video Solat Eidul Adha Mindanao State university