Secara asasnya Islam tidak meletakkan percukaian sebagai sumber utama negara. Sumber utama negara boleh diperolehi daripada khazanah negara seperti galian dan lain-lainnya.
Justeru, kerajaan dalam Islam tidak mengenakan cukai daripada individu melainkan dengan beberapa syarat, antaranya
1. cukai yang diambil sebagai imbalan kepada khidmat yang disediakan oleh kerajaan seperti menyediakan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital dan sekolah.
2. Hasil pendapatan negara dari sumber selain daripada percukaian tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara.
3. Tidak berlaku sebarang ketirisan perbelanjaan atau salahguna harta negara.
Umum mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional antara negara yang mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya, sedangkan dalam masa yang sama kerajaan mempunyai sumber pendapatan besar daripada pelbagai sumber hasil bumi negara.
Apatah lagi apabila persoalan ketirisan, salah urus dan salah guna harta negara berlaku sebagaimana diketahui umum dan ditegaskan pula oleh laporan-laporan rasmi.
Keadaan ini mewajarkan PAS bersama Pakatan Rakyat menjadi kerajaan baru sebagai alternatif kepada rakyat bagi memberikan keadilan dan kebajikan yang sebenarnya.
Dr Mohd Khairuddin A. Razali
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat





























