Laksana gajah tunggal yang paling besar boleh dipandu oleh gembala yang kecil dengan makanan yang cukup dan penyangkut kecil yang mengarahkan telinganya yang besar juga. Begitulah Amerika Syarikat bersama sekutunya mengancam keamanan dunia, walaupun mungkin mencetuskan Perang Dunia Ketiga demi menjaga dan mempertahankan negara haram Israel yang paling ganas.
Penguasaan Zionis melalui kekayaannya terhadap Bank Dunia (World Bank), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan medianya mempengaruhi politik Amerika Syarikat dan negara sekutunya di Eropah ternyata terang dan bersuluh kepada mana-mana calon yang paling kuat dilobi Yahudi Zionis dijangka wajib menang. Keadaan ini menjadikan calonnya berlumba-lumba menyokong negara haram Israel dan menjaga keamanannya tanpa mengira keamanan rakyat di negaranya sendiri yang juga dibeli dalam setiap undi demokrasinya, sehingga demokrasi Barat berada dalam keadaan nazak.
Donald Trump yang berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat kini makin rakus mengembangkan kuasanya membawa Amerika Syarikat menjadi kuasa besar tunggal dengan menceroboh negara jiran Venezuela yang paling kaya hasil minyak tanpa mengira mutunya di Amerika Latin. Seterusnya membuat kenyataan terbuka mahu menguasai Greenland dan Kanada tanpa mengira perasaan rakan sejawat dalam kalangan negara Eropah.
Ancaman untuk menyerang Republik Islam Iran yang membantu Hamas di Palestin dan lain-lain, bersama Hizbullah dan Yaman diletakkan dalam senarai pertama kerana paling dekat menjadi ancaman kepada keamanan dan keselamatan negara haram Israel yang kecil sempadannya dan sedikit rakyatnya, namun dianggap paling kaya hartanya.
Begitulah pengaruh politik kekayaan harta terhadap politik dunia kini. Firman Allah SWT:
وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبّٗا جَمّٗا ٢٠ كَلَّآۖ إِذَا دُكَّتِ ٱلۡأَرۡضُ دَكّٗا دَكّٗا ٢١
“Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. (20) Jangan (berbuat demikian). Apabila bumi digoncangkan berturut-turut. (21)” [Surah al-Fajr: 20–21]
Firman Allah SWT:
أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١ حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ ٢
“Bermegah-megah (kemewahan dunia) telah melalaikan kamu. (1) Sampai kamu masuk ke dalam kubur. (2)” [Surah al-Takathur: 1–2]
Sabda Rasulullah SAW:
لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ، وَلَنْ يَمْلَأَ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ.
“Kalaulah anak Adam (manusia) itu mempunyai lembah sepenuh emas, nescaya dia mahu lagi dua lembah, dan tidak dapat memenuhi kemahuan nafsunya melainkan mulutnya dipenuhi tanah (setelah dia mati dan dimasukkan ke dalam kubur), dan Allah sentiasa menerima taubat (hamba-Nya) kepada sesiapa yang mahu bertaubat.” [Muttafaq ‘Alayh: Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, no. 6439 dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Zakah, no. 1048, daripada Anas bin Malik]
Begitulah sifat manusia yang bernafsu sehingga meninggalkan akalnya yang mulia dan melupakan petunjuk Allah, Penciptanya dengan kurniaan yang mulia. Firman Allah SWT:
۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” [Surah al-Isra’: 70]
Namun begitu, manusia melupakan peringatan Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ٢١ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٰشٗا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءٗ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقٗا لَّكُمۡۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٢
“Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa! (21) Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Oleh sebab itu, janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. (22)” [Surah al-Baqarah: 21–22]
Di samping itu, Allah SWT mendedahkan ada kalangan manusia sebagaimana berikut:
أَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيۡهِ وَكِيلًا ٤٣ أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَكۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلًا ٤٤
“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka, adakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (43) Atau adakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu). (44)” [Surah al-Furqan: 43–44]
Firman Allah SWT:
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٣ وَقَالُواْ مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنۡيَا نَمُوتُ وَنَحۡيَا وَمَا يُهۡلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهۡرُۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنۡ عِلۡمٍۖ إِنۡ هُمۡ إِلَّا يَظُنُّونَ ٢٤ وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُنَا بَيِّنَٰتٖ مَّا كَانَ حُجَّتَهُمۡ إِلَّآ أَن قَالُواْ ٱئۡتُواْ بِـَٔابَآئِنَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٢٥
“Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya, serta Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka, siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Maka, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (23) Dan mereka berkata, ‘Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa,’ dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu; mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (24) Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas, tidak ada bantahan mereka selain daripada mengatakan, ‘Datangkanlah nenek moyang kami jika kamu ialah orang-orang yang benar.’ (25)” [Surah al-Jathiyah: 23–25]
Manusia paling bernafsu akan harta dan bersikap ganas ialah kaum Yahudi Zionis yang dilaknat dan disumpah Allah menjadi kera dan babi. Kera ialah binatang paling bernafsu tampa mengira jantan atau betina, manakala babi pula ialah binatang paling haram kerana makanannya yang kotor dan najis, di samping perangainya juga paling buruk dalam kalangan binatang.
Demikianlah kaum Yahudi yang merupakan manusia yang paling bermusuh terhadap Islam dan penganutnya. Firman Allah SWT:
۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ … ٨٢
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik…” [Surah al-Ma’idah: 82]
Kaum yang paling hina dan dimurkai Allah ini juga adalah paling tamak akan harta dan keduniaan, selain berjaya mengkhadamkan kuasa besar paling kuat bagi menentang kebangkitan Islam dan kemajuan umatnya.
Negara Islam dan umatnya menjadi sasaran utama mereka tanpa mengira apa-apa jua mazhab dan bangsanya, kerana keutamaan mereka ialah menghapuskan Islam, penganutnya, dan jenamanya.
Bermula dengan serangan senjata Islamofobia melalui pemikiran dan naratif masyarakat antarabangsa sehinggalah menggunakan senjata fizikal bagi mengganyang Islam dan penganutnya.
Kini, mereka mengerahkan seluruh musuh Islam supaya bersama mengulangi pembentukan bala tentera Ahzab yang pernah dibentuk pada zaman Rasulullah SAW. Keadaan ini membenarkan al-Quran sebagai mukjizat ilmu yang berkekalan pada sepanjang zaman, menghidupkan firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ ١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah adalah Maha Melihat akan apa-apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai di tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang sangat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’ (12)” [Surah al-Ahzab: 9–12]
Kini, umat Islam diulang ujiannya yang menggerunkan oleh kedatangan musuh dari segenap penjuru dunia dengan harta kekayaan, persenjataan, dan bala tentera yang besar dan paling ganas dalam sejarah dunia. Ujian ini menggoncang para pemimpin dan rakyat umat Islam di seluruh dunia.
Maka, berlaku pembelahbahagian dalam kalangan umat Islam dan negaranya mengikut ketetapan Allah.
Adapun keadaan kalangan mereka yang beriman, dinyatakan oleh firman Allah SWT:
وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣
“Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali keimanan dan ketundukan. (22) Antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa-apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka, antara mereka ada yang gugur, dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu, dan mereka tidak mengubah (janji mereka). (23)” [Surah al-Ahzab: 22–23]
Manakala kalangan munafiq yang Islamnya berpura-pura didedahkan ucapan mereka menerusi firman Allah SWT:
وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢ وَإِذۡ قَالَت طَّآئِفَةٞ مِّنۡهُمۡ يَـٰٓأَهۡلَ يَثۡرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمۡ فَٱرۡجِعُواْۚ وَيَسۡتَـٔۡذِنُ فَرِيقٞ مِّنۡهُمُ ٱلنَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوۡرَةٞ وَمَا هِيَ بِعَوۡرَةٍۖ إِن يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارٗا ١٣
“Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’ (12) Dan (ingatlah) ketika segolongan antara mereka berkata, ‘Wahai penduduk Yathrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu!’ Dan sebahagian daripada mereka meminta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata, ‘Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga).’ Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanya hendak lari. (13)” [Surah al-Ahzab: 12–13]
Ada pula yang lemah sehingga terpengaruh. Firman Allah SWT:
۞قَدۡ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ ٱلۡمُعَوِّقِينَ مِنكُمۡ وَٱلۡقَآئِلِينَ لِإِخۡوَٰنِهِمۡ هَلُمَّ إِلَيۡنَاۖ وَلَا يَأۡتُونَ ٱلۡبَأۡسَ إِلَّا قَلِيلًا ١٨
“Sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang menghalang-halangi antara kamu dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, ‘Marilah kepada kami.’ Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar.” [Surah al-Ahzab: 18]
Allah SWT telah mewajibkan berperang apabila ada dalam kalangan saudara seagama yang terkepung dalam kepungan musuh yang zalim melalui firman-Nya:
وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ٧٥ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّـٰغُوتِ فَقَٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَٰنِۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَٰنِ كَانَ ضَعِيفًا ٧٦
“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki-lelaki, wanita-wanita, mahupun anak-anak yang semuanya berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya, serta berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!’ (75) Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut. Oleh sebab itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (76)” [Surah al-Nisa’: 75–76]
Menjadi hikmah yang besar apabila Iblis yang menjadi ketua syaitan bersikap takabbur kerana merasa bijak dan kuat ibadatnya, akhirnya jatuh menjadi hina di dunia dan akhirat. Di dunia jatuh martabatnya sehingga menjadi bodoh lebih daripada binatang yang tidak berakal. Di akhirat pula berada di dalam Neraka dan menjadi ahli Neraka yang paling hina kerana paling jahat dan banyak dosanya.
Demikianlah Amerika Syarikat si syaitan besar laksana gajah berbadan besar serta merasa gagah dan sangat kuat, namun boleh diperkudakan oleh Israel yang kecil menjadi gembalanya dengan penyangkut telinga yang kecil boleh mengarahkan apa-apa sahaja, termasuk merosakkan dirinya sendiri.
Maka, negara Islam sepatutnya tidak takut dan tidak gentar menghadapi gajah yang diperbodohkan. Walaupun lebih ramai rakyat biasa yang peka dan sedar, hanya segelintir negara Islam yang bersama Iran dalam membantu Palestin, Yaman, dan Lubnan yang gagah berani menghadapi kezaliman Yahudi Zionis.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Sya‘ban 1447 / 31 Januari 2026
[Bil: 9 / 2026]





























