

Minat Donald Trump terhadap Greenland pertama kali didedahkan kepada umum pada tahun 2019, dan bergema semula semasa retorik politik kemudian, setelah kembali berkuasa.
Kemahuan Trump yang mendalam kepada pulau ais itu terutamanya didorong oleh sebab strategik, ekonomi dan geopolitik, bukan kerana dia benar-benar mahu “membeli tanah untuk keseronokan.”
Berikut adalah sebab-sebab utama;
1. Kepentingan Ketenteraan Strategik
Greenland terletak di antara Amerika Utara dan Eropah, menjadikannya penting untuk pertahanan peluru berpandu AS dan sistem amaran awal.
AS sudah mengendalikan Pangkalan Angkasa Thule kini dikanali Pangkalan Angkasa Pituffic di sana. Apabila ais Artik cair, rantau ini menjadi lebih penting untuk keselamatan terhadap Rusia dan China.
Dari sisi pandangan ketenteraan, Greenland ialah aset barisan hadapan Artik.
2. Persaingan Kuasa Artik
Perubahan iklim membuka laluan perkapalan Artik baharu.Rusia sedang giat memilitarisasi Artik. China menggelarkan dirinya sebagai “negara berhampiran Artik” dan melabur dalam infrastruktur Artik.Trump melihat Greenland sebagai cara untuk mengunci dominasi AS di Artik.
3. Sumber Asli
Greenland kaya dengan mineral nadir bumi yang penting untuk elektronik, EV, senjata selain uraniu, minyak dan gas. Mengawal Greenland bermakna mengurangkan kebergantungan AS terhadap bekalan nadir bumi dari China.
4. Penduluan (precedent) Sejarah
AS pernah membeli tanah sebelum ini antaranya pembelian Louisiana pada 1803 dan Alaska dari Rusia pada tahun 1867. AS malah pernah menawarkan untuk membeli Greenland dari Denmark pada tahun 1946 tetapi ditolak. Trump melihatnya sebagai “perjanjian hartanah yang bijak,” selaras dengan pemikiran perniagaannya.
5. Gaya Kepimpinan Trump
Trump mendekati geopolitik seperti rundingan perniagaan. Beliau sering membuat cadangan yang berani dan mengejutkan untuk samada mengubah pengaruh atau menguji reaksi bahkan menguasai naratif utama. Idea Greenland sesuai dengan diplomasi transaksional dan tidak konvensionalnya.
6. Mengapa Ia Gagal
Denmark dengan tegas menolak idea itu Dan menjelaskan “Greenland tidak untuk dijual”. Greenland mempunyai pemerintahan sendiri dan rakyatnya menentangnya.Trump membatalkan lawatan Denmark selepas penolakan itu, menjadikannya janggal secara diplomatik.































