Menurut Presidennya, Ustaz Haji Roslan Ismail, ia adalah berikutan bantahan para peneroka lembaga kemajuan tanah itu mengadakan demonstrasi besar-besaran dan menuntut hak dari pihak KESEDAR.
Katanya, himpunan 1000 peneroka daripada sembilan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR pada 17 Januari lalu telah berarak bermula di Pejabat Agama Gua Musang hingga ke ibu pejabat Kesedar di Bandar Baru Gua Musang.
“kita nak umumkan beberapa kejayaan WARIS di Kelantan, (kita) telah Berjaya menggerakkan beberapa jabatan kerajaan dan KESEDAR melalui gerakaan demonstrasi yang kita buat dahulu dan beberapa gerakan dalaman,
“sehingga hari ini perjuangan kita untuk mendapat hak milik di Sembilan buah RKT di bawah KESEDAR telah dapat kita selesaikan,”jelasnya.
Menurutnya RKT yang terbabit adalah RKT Lebey, Sungai Asap, Jeram Tekoh, Renok Baru, Meranto dan sebahagian lagi masih dalam proses kerana melibatkan tanah yang telah diberi hak kepada KESEDAR secara pukal.
Beliau berkata, jurukur sedang melaksanakan proses ukur tanah-tanah yang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri Kelantan dan akan siap dalam masa tiga minggu lagi.
[Gambar Atas; Presiden WARIS Ustaz Haji Roslan Ismail mempengerusikan mesyuarat WARIS Pantai Timur bersama Pegerusi WARIS Kelantan (sebelah kanan) Hamdan Jusoh . Gambar bawah; Demonstrasi peneroka KESEDAR pada 17 Januari 2012]


“proses ukur (tanah) sedang giat dijalankan, saya jangka kita ambil masa dalam dua, tiga minggu lagi untuk proses ukur ini, WARIS akan terus memantau agar kerajaan negeri (Kelantan) mengeluarkan segera geran (hak milik tanah) kepada rakyat,
“ini melibatkan sekitar 600 orang peneroka di seluruh KESEDAR untuk Fasa yang pertama dan usaha sedang terus dibuat (bagi menyelesaikan sebahagian yang lain),”ujarnya
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat WARIS Pantai Timur di Tasik Kenyir dekat sini pada Selasa 4 September.
Turut sama salam sidang media tersebut adalah Setiausaha WARIS Kebangsaan Naraza Muda, Pengerusi WARIS Kelantan Hamdan Jusoh dan Presiden WARIS Ustaz Roslan Ismail.
*** Lihat dan Dengar Video Klip Kejayaan WARIS di Buletinonline Channnel.





























