Pengarah Penyiaran Perlu Letak Jawatan

67
Siaran kartun RTM ada unsur LGBT

KUALA TERENGGANU – Ketua Pengarah Radio Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman digesa agar meletakkan jawatan kerana melakukan tiga’ kesalahan tidak munasabah.

Pengarah Filem Malaysia, Murali Abdullah berkata, sudah tiba masa untuk berbuat demikian, tinggalkan dunia penyiaran dan meneruskan niatnya untuk membuka restoran sebagaimana yang pernah dinyatakan sebelum ini.

“Ketua Pengarah RTM (Penyiaran) buat jaringan ‘Hat Trick’ (kesilapan) (tiga gal dijaringkan oleh orang sama).

“Pertama apabila RTM terbitkan sebuah drama bertajuk Sri Kandi dengan kos yang tak masuk akal.

“RM2 juta ringgit untuk sebuah drama yang ‘HAPRAK’,” ujarnya menerusi satu kenyataan di media sosialnya semalam.

Tegas Murali, kesalahan itu diteruskan kali kedua apabila kedua juruhebah RTM sebut nama-nama pemimpin-pemimpin ASEAN dengan salah.

“Ketiga, siapkan kartun yang sah-sah ada unsur LGBT di RTM2 untuk tontonan kanak-kanak,” ujarnya.

Justeru, beliau mempersoalkan perkara yang disifatkan tidak logik telah berlaku dalam jabatan penting negara itu

“Saya nak tanya kepada KP Penyiaran beberapa soalan, semasa ‘Producer Syndication’ nak jual kepada RTM, pegawai-pegawai (tukang beli kartun) tak baca sinopsis kartun ini? dalam sinopsis kan dah terang-terang tulis ada watak-watak LGBT, kenapa beli?

“RTM ada unit penapisan filem. Pegawai-pegawai penapisan filem terlepas pandang ke ataupun terlebih pandang?” soal beliau.