Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Bagaimana Pula Dengan Kenyataan Pemimpin MCA Ini?

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/mca%20anti%20islam.JPG

ia tidak akan menjadi negara Islam.

Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam. Dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini. Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?

Dalam keadaan demikian, tidak sedikitpun pemimpin UMNO yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut. Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya. UMNO yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam. Selama berpuluh tahun UMNO sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam.

Agak menjengkelkan kerana ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan meyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum. Tetapi apabila MCA secara jelas dan bangga menyatakan pendiriannya menolak sebuah negara Islam, tiada seorang pun ulama’ UMNO yang bersuara. Dimana suara para mufti dan ulama’ dalam hal demikian? Malah, Presiden MCA pernah mengugut untuk berpisah dengan UMNO jika UMNO mahu laksanakan hudud. Apakah hukumnya mengundi parti yang secara berterus-terang menolak negara Islam di negara ini?

Saya meminta para ulama’ UMNO mengeluarkan kenyataan dan pendirian jelas berhubung kenyataan terbaru. Saya meminta para ulama’ termasuk para mufti  menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan pemimpin MCA ini. Saya juga mencabar supaya Presiden UMNO menyatakan pendiriannya dan memberi amaran keras terhadap MCA, jika tidak pun terus menyingkir keluar MCA dari BN.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan