Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

PERUTUSAN EIDULFITRI – PRESIDEN PAS.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/TG%20Hadi.jpg

kepada seluruh kaum muslim dan muslimat bagi pihak Parti Islam Semalaysia  PAS, saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan marilah sama-sama kita bersyukur  kepada Allah S.W.T pada hari mulia ini dengan penuh gembira kerana diberi  kesempatan  mendapat  fadilat  Ramadan,  sama ada   mengerjakan  ibadat puasa dan pengisian –pengisian yang lain. Dengan harapan  Ramadan yang  ditinggalkan itu memberi  kesan yang mendalam didalam jiwa kita sehingga membuah sifat ketaqwaan  kepada  Allah S.W.T mengikut  segala perintah dan meninggakan   segala larangnNya  mejadi orang  Islam yang patuh dan taat kepada  Allah degan ikhlas, secara memperhambakan diri degan sesungguhnya. Hendaklah juga dilahirkan melalui kepercaya kita,  yang disertakan dgn  amalan daripda  pertunjukkn  Al-Quran  yg diturunkan di bulan Ramadan dgn kita menhayati  dan beramal bagi diri kita sendiri, keluarga dan  jemaah kita parti islam semalaysia (PAS) dan seterusnya kita dpt menunaikan kewajipan berjuang dgn lebih  ikhlas dan lebih bersungguh.

Adalah  menjadi satu hikmat yg besar  Allah taatlah memilih bulan Ramadan bulan ibadat,  bulan Ramadan diturunkan al-Quran ,bulan Ramadan bulan perjuangan,  kemenangan di badar  dan pembukaan Mekah .Mekah di merdekakan  daripada jahiliah tanggungjwb kita selepas ini  ialah menghayati  tarbiyah yg dihasilkan  dibulan Ramadan itu dgn kita meneruskan  pembinaan peribadi  didalam Parti Islam Semalaysia (PAS). Sehingga kita menjadi  satu parti yg kuat model  kepad aparti-parti yang lain, contoh tauladan yang menarik bukan sahaja untuk mendapat penerimaan  daripada  Allah S.W.T serta pertolongNya  dalam masa yang sam mendapat sokongn daripada rakyat  sehingga  membolehkan kita menegakkan  Quran  yang menjadi pertunjuk itu ke para adil  seluruh manusia adil menjadi  sifat wajib bagi Allah S.W.T yg diserlahkan melalui pertunjuk  al-Quran karim  tanggungjawab kita sebagai hamba2 Allah yg beriman yg bertaqwa ialah memperjuangkan  keadilan illahi  untuk seluruh  umat manusia itu di alam kenyataan yg melalui medan yg kita pilih pd hari ini iaitu melalui pilihan raya amalam demokrasi yg damai, namun kita tidak terlepas  drpd menghadapi  cabaran dan ujian  yang datang dari dua-dua  pihak yg menentng  perjuangan kita ini.  Adalah perkara  biasa  yang berlaku kepada manusia pilihan nabi Muhammad  S.A.W  yang  ditunjukkan kemenangan  didalam peperangan Badar, kejayaan memerdekakan pembukaan Mekah  adalah hasil perjuangan.   Maka perjuangan inilah yg perlu  kita contohi kita ambil  tauladan.  Sama ada   menghadapi  musuh yang zalim,musuh  yang keras ,musuh yang ganas  kita bersabar dan kita tidak melampau , dalam masa yg sama kita menjadi orang yang sabar  dan adil setelah kita diberi kemenangan  oleh Allah S.W.T . dengan pertolongnNya.  Kita hendaklah menyedari bahawa kemenangan islam lebih bersifat  kurnia dan pertolongn  daripada Allah S.W.t  bukan kita bergatung   kekuatan kita  tanpa dinafikan kita wajib untuk  menyediakan kekuatan sendiri .

Firma Allah Yang bermaksud :

Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan kamu degan kakuatan

Kita wajib menyediakan kakuatan  sekadar kemampuan yang ada pada  kita, dimulakan dengan   kemampuan rohani,kemampuan iman,kemampuan ilmu, akhlak yg mulia yang ditarbiyyah melalui bulan Ramadan  dan seterusnya kemampuan melalui  persediaan  yang zahir  dengan menyumbang sumbangan-sumbangan yang  boleh kita berikan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS)  dengan harta benda kita ,dengan keilmuan kita, serta  apa sahaja nikmat  yang diberi oleh Allah S.W.T supaya kita menjadi seorang yang bersyukur diatas nikmat Allah,nikmat Islam  dan lahirkan  kesyukuran  nikmat Islam itu degan kita menyumbangkan nikmat  an diberi kn kepada kita oleh Allah S.W.T  dalam kehidupan dunia  dengan kita sanggup menghadapi  cabaran, kerana tidak ada  cabaran yang boleh  mengalahkan  kekuasaan Allah  yang kita laungkan  dengan Allahuakbar,  Allah yang  Maha Besar,   tidak ada yang lebih besar daripada Allah. Kalau Allah memberi pertolongan,  tidak ada siapa dapat boleh menghalang  kemenangan  yg dijanjikan oleh Allah S.W.T.  Kemenangan kita hendaklah diingat  dalam melayari  perjuangan Islam ini ialah kemenangan di dunia dan  kemenangan di hari akhirat  yang dinyatakan oleh Allah yang bermaksud “ Itulah kemenangan yg besar ,kemenangan syurga  sekiranya kita mengakhiri  hayat degan perjuangan Islam dan yg lain yang kamu ingin, iaitu kemenangan hampir di dunia ini kemenangan  mencapai kemenangan  memerintah Negara  dan berilah berita gembira kpd orang-orang   yg beriman .”
akhirnya sekali  lagi saya ucap taniah kerana kejayaan menympurnakan   Ramadan dan saya ucapkan selamat hari raya kepada semua Maaf Zahir dan Batin.

http://www.youtube.com/watch?v=2RyIrSarH1o

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan