Penyelesaian Dua Negara Palestin

31

Penubuhan negara Israel tercetus selepas kejatuhan Khilafah ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924, apabila Palestin diletakkan bawah penaklukan British dalam Perjanjian Sykes–Picot 1916 dan British pula memeteraikan Perisytiharan Balfour 1917 dengan pemimpin Zionis, Lord Walter Rothschild (Baron Rothschild 2) bagi menyerahkan Palestin kepada kaum Yahudi untuk mendirikan negara bangsa mereka, yang akhirnya berlaku pada tahun 1948.

Turkiye bawah pemerintahan Kamal Ataturk dan Iran bawah Shah Reza Pahlavi menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf negara Israel dan bergabung dengan negara Blok Barat secara terbuka. Adapun Turkiye masih melakukan normalisasi kerana masih kuat pengaruh Kamal Ataturk.

Namun, Iran selepas Revolusi Islam pada tahun 1979 membatalkan pengiktirafan dan menganggap negara Israel adalah haram secara terbuka, di samping mendukung perjuangan kumpulan Islam Palestin membatalkan negara Israel.

Maka, penubuhan negara Israel pada tahun 1948 menyaksikan bermulanya titik hitam dalam sejarah Palestin, bumi para anbiya’ yang dimakmurkan oleh bapa para anbiya’, Nabi Ibrahim AS, dengan perintah Allah menjadi kiblat Ahli Kitab dan kiblat pertama umat Nabi Muhammad SAW sebelum Kaabah di Makkah, berasaskan Islam agama Ibrahim AS dan agama semua anbiya’. Firman Allah SWT:

وَمَن يَرۡغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبۡرَٰهِـۧمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَقَدِ ٱصۡطَفَيۡنَٰهُ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٣٠ إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٣١ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢ أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh, Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya, dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. (130) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Tunduk patuhlah (Islamlah)!’ Ibrahim menjawab, ‘Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam (menganut Islam).’ (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya‘qub. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam!’ (132) Adakah kamu hadir ketika Ya‘qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma‘il, dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya (Islam).’ (133)” [Surah al-Baqarah: 130–133]

Ayat-ayat yang lain jug menegaskan bahawa semua anbiya’ menganut Islam, termasuk Nabi Ya‘qub AS, bapa kepada bangsa Yahudi.

Semua anbiya’ Bani Isra’il membebaskan Palestin atas nama jihad menegakkan agama Allah dan negara yang beramal dengan kitab Allah. Firman Allah SWT:

يَٰقَوۡمِ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡأَرۡضَ ٱلۡمُقَدَّسَةَ ٱلَّتِي كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ وَلَا تَرۡتَدُّواْ عَلَىٰٓ أَدۡبَارِكُمۡ فَتَنقَلِبُواْ خَٰسِرِينَ ٢١

“(Nabi Musa berkata), ‘Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagi kamu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi!’” [Surah al-Ma’idah: 21]

Apabila Bani Isra’il enggan berjihad menegakkan agama Allah, lalu diharamkan ke atas mereka daripada memasuki Palestin. Firman Allah SWT:

قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيۡهِمۡۛ أَرۡبَعِينَ سَنَةٗۛ يَتِيهُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ فَلَا تَأۡسَ عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٦

“Allah berfirman, ‘(Jika demikian), maka sesungguhnya, negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan sesat berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tih) itu. Maka, janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasiq itu.’” [Surah al-Ma’idah: 26]

Bani Isra’il diharamkan daripada memasuki Palestin sehinggalah kepimpinan mereka diganti oleh Nabi Yusha‘ bin Nun AS selepas kewafatan Nabi Musa dan Nabi Harun AS, yang berjaya membuka Palestin atas nama jihad menegakkan agama Allah yang berdaulat. Setelah itu, mereka dihalau keluar darinya sekali lagi kerana meninggalkan agama Allah dan kitab-Nya. Firman Allah SWT:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ مِنۢ بَعۡدِ مُوسَىٰٓ إِذۡ قَالُواْ لِنَبِيّٖ لَّهُمُ ٱبۡعَثۡ لَنَا مَلِكٗا نُّقَٰتِلۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ قَالَ هَلۡ عَسَيۡتُمۡ إِن كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ أَلَّا تُقَٰتِلُواْۖ قَالُواْ وَمَا لَنَآ أَلَّا نُقَٰتِلَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَقَدۡ أُخۡرِجۡنَا مِن دِيَٰرِنَا وَأَبۡنَآئِنَاۖ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقِتَالُ تَوَلَّوۡاْ إِلَّا قَلِيلٗا مِّنۡهُمۡۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلظَّـٰلِمِينَ ٢٤٦

“Adakah kamu tidak memerhatikan pemuka-pemuka Bani Isra’il sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, ‘Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (bawah pimpinannya) di jalan Allah.’ Nabi mereka menjawab, ‘Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.’ Mereka menjawab, ‘Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya, kami telah diusir dari kampung halaman kami dan anak-anak kami?’ Maka, tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa saja antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim.” [Surah al-Baqarah: 246]

Kemenangan Raja Talut dan Nabi Dawud AS terhadap pembebasan Palestin atas nama berjihad kerana Allah, bukan atas nama bangsa Yahudi. Selepas itu, kerajaan Palestin diwarisi oleh Nabi Sulaiman AS, kuasa paling besar yang memerintah dunia berdasarkan Islam.

Bait al-Maqdis turut menjadi tempat persinggahan Rasulullah SAW dalam perjalanan Isra’ dan Mi‘raj sebagai tetamu Allah, malah di situ juga Rasulullah SAW bersembahyang jemaah bersama roh para anbiya’ AS.

Maka, kemasukan Yahudi Zionis atas nama kebangsaannya adalah haram dan sesat. Begitu juga perjuangan menegakkan negara agung Israel yang menakluki dunia adalah tidak layak sepertimana kerajaan Nabi Sulaiman AS.

Bangsa Yahudi dilaknat dan paling dimurkai Allah kerana paling banyak melakukan kezaliman dan kerosakan yang paling melampau, termasuk membunuh kalangan anbiya’. Keganasan mereka adalah sejak dahulu sehingga kini. Firman Allah SWT:

ضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيۡنَ مَا ثُقِفُوٓاْ إِلَّا بِحَبۡلٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلٖ مِّنَ ٱلنَّاسِ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَسۡكَنَةُۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلۡأَنۢبِيَآءَ بِغَيۡرِ حَقّٖۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ١١٢

“Mereka diliputi kehinaan di mana-mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan daripada Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” [Surah Ali ‘Imran: 112]

Apabila mereka tidak beramal dengan kitab Allah (Taurat), mereka dianggap sesat seperti binatang yang tidak berakal. Firman Allah SWT:

مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” [Surah al-Jumu‘ah: 5]

Ternyata benarnya Allah apabila negara Israel ditegakkan dengan kezaliman secara merompak dan membunuh penduduk asal Palestin.

Bangsa Yahudi dihalau keluar dari Palestin disebabkan kezaliman kerana sesat meninggalkan kitab Allah. Akhirnya, Palestin ditakluki oleh beberapa kuasa besar seperti Parsi, Rom, dan tentera Salib yang menyeksa kaum Yahudi. Bait al-Maqdis pernah dibebaskan oleh Islam pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi RH, sehingga diperintah oleh Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang kemudian dijatuhkan pada tahun 1924.

Apabila kumpulan bawah kepimpinan ulama’ dan para mujahidin seperti Syeikh ‘Izzuddin al-Qassam, Mufti Amin al-Husaini, ‘Abdul Qadir al-Husaini, dan lain-lain, tiba-tiba perjuangan mereka dirampas oleh kumpulan negara Arab yang mendapat habuan daripada penjajah dan kumpulan sekular yang gagal mengalahkan Yahudi atas semangat kebangsaan berbekalkan senjata daripada kuasa besar, khususnya negara Barat yang juga terlibat dalam penubuhan negara Israel pada tahun 1948.

Kemudian, pada tahun 1964, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) ditubuhkan dengan gabungan beberapa kumpulan Palestin yang cenderung kepada Blok Barat, Blok Timur, dan lain-lain, mewakili Palestin bagi meredakan tentangan.

Selepas itu, tentera Arab mengalami kekalahan dalam peperangan pada Jun 1967 dalam masa enam hari sahaja, sehingga tentera Israel menakluki Bait al-Maqdis, kawasan penduduk Palestin yang dihalau (Tebing Barat dan Gaza), Semenanjung Sinai di Mesir, dan Bukit Golan di Syria, menjadikan kawasan penaklukan Zionis lebih luas lagi.

Maka, perjanjian damai Camp David 1978, Madrid 1991, dan Oslo 1993 dilakukan. Pada 15 November 1988, Yasser Arafat mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Negara Palestin (دولة فلسطين) tanpa kemerdekaan atau tidak berdaulat di Algeria, dengan Algeria sendiri menjadi negara pertama yang mengiktirafnya, berserta kebenaran menjadi negara pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Tindakan ganas Israel menempatkan pendatang Yahudi di kawasan yang baru ditakluki dengan ganas dan pencerobohan terhadap Masjid al-Aqsa sambil mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel, meletuskan kebangkitan semula kumpulan Islam.

Berlakunya Intifadah (kebangkitan kumpulan Islam) di Palestin yang membimbangkan negara Barat yang mendukung Israel, lalu mereka menggunakan PBB dan negara Arab yang berada bawah pengaruh mereka untuk mengatur perjanjian damai dengan cadangan pembentukan dua negara (two-state solution); satu negara untuk Yahudi Zionis dan satu negara untuk Arab Palestin. Mereka juga mendesak supaya negara Islam dan Arab melakukan normalisasi dengan mengiktiraf negara Israel.

Paling mengejutkan apabila Pilihan Raya Perundangan Palestin 2006 diadakan, Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) daripada mazhab Sunni yang merupakan kumpulan politik dan jihad, menang dalam pilihan raya tersebut dengan mendapat sokongan majoriti rakyat Palestin, khususnya daripada semua kumpulan Islam, termasuk Tanzim Jihad yang terdahulu daripada Hamas yang mengisytiharkan perang jihad, sambil mendapat sokongan Republik Islam Iran yang muncul dan kumpulan-kumpulan yang lain.

Malangnya, PLO tetap menubuhkan kerajaan boneka. Kemenangan Hamas tidak diiktiraf oleh negara Barat serta negara Islam dan Arab, sehingga Hamas terpaksa menubuhkan kerajaan di wilayah Gaza. Gaza pula dikepung dari segenap penjuru; mulai pentadbiran, ekonomi, sehinggalah ketenteraan yang ganas.

Pada 7 Oktober 2023, meledaknya Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas bersama Tanzim Jihad dan mendapat sokongan semua kumpulan Palestin, kecuali PLO yang bermula dari Gaza. Operasi yang menembusi pertahanan Israel itu mengejutkan negara-negara besar Blok Barat penyokong kuat Israel, sehingga mereka menggerakkan bala tentera bagi menyelamatkan Israel, tidak mencukupi dengan pangkalan tentera yang berselerak.

Langkah perang jihad oleh Hamas dan semua penyokongnya daripada semua mazhab Sunni dan Syiah ialah mengikuti hukum Islam yang mengharamkan sikap melampau, membezakan mereka daripada tentera Israel yang melampau keganasannya. Perkara ini menarik simpati masyarakat antarabangsa, termasuk di negara penyokong kuat Israel yang sentiasa menyalurkan bantuan persenjataan yang bertali arus, namun masih gagal mengalahkan Gaza dan menawannya sehingga masuk tahun kedua. Maka, penyelesaian dua negara dihidupkan semula.

Tekanan rakyat menyebabkan penubuhan negara Palestin yang merdeka diiktiraf oleh kebanyakan negara di seluruh dunia, kecuali 45 negara, antaranya Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan dari Asia, Cameroon dari Afrika, Panama dari Amerika Latin, serta negara-negara kecil yang bernaung bawah pengaruh Amerika Syarikat.

Kalangan pelampau Zionis yang memerintah Kerajaan Israel tegas tidak mahu mengiktiraf selagi tidak melucutkan senjata kumpulan Islam dan tetap menegaskan perjuangan menegakkan negara Israel Agung (The Greater Israel) dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq.

Adapun Hamas dan kumpulan Islam yang bersamanya mengambil langkah politik yang bijaksana menerima dengan positif kerana boleh memberikan kemenangan moral politik, sambil majoriti rakyat Palestin dan masyarakat antarabangsa menyokong Hamas, dengan alasan bahawa Islam mendahulukan perdamaian. Aspek ini menakutkan Israel, kerana pada akhirnya, rakyat tetap memilih kumpulan Islam disebabkan benci akan kezaliman dan keganasan Yahudi yang membunuh rakyat awam dengan senjata dan kebuluran yang mendapat simpati seluruh dunia.

Adapun kalangan minoriti Yahudi Ortodoks (mazhab Neturei Karta) mengharamkan penubuhan negara Israel kerana membawa ajal kaum Yahudi pada akhir zaman. Ada pula kalangan yang mendesak supaya tawanan Yahudi segera dibebaskan, menjadikan Zionis berpecah belah.

Kelemahan kaum Yahudi dinyatakan firman Allah SWT:

لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ ١٤

“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedangkan hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya, mereka ialah kaum yang tidak mengerti.” [Surah al-Hashr: 14]

Lebih malangnya, pendirian majoriti negara Islam dan Arab semasa Persidangan Kemuncak Negara OIC dan Arab adalah sangat lemah lagi tidak bermaya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 5 Rabi‘ al-Akhir 1447 / 27 September 2025

[Bil: 65 / 2025]