Zon Bebas Cukai Tidak Sebagaimana Digembar-gemburkan!

3588

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Premis jualan sementara Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan kerana ia hanyalah hanya empat buah premis, umpama expo biasa.

Disamping itu, harga barangan yang dijual ‘kononya’ bebas cukai cukai itu, tidak lah murah.

Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah Ismail berkata, ternyata ianya tidak seperti yang di tayangkan di kaca televisyen.

“Saya yakin rakyat di luar sana menyangkakan jualan yang dilancarkan oleh Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 1 Ogos baru-baru ini adalah di tapak Kompleks Zon Bebas Cukai yang sedang dibina di Pulau Bayas,

“Namun ternyata ianya tidak benar dan tindakan (pelancaran) tersebut dibuat seolah-olah cuba untuk mengaburi mata (dan fikiran) rakyat daripada fakta yg sebenarnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelancaran premis jualan sementara Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir selepas meninjau sendiri lokasi tersebut di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini, semalam.

Sehubungan itu beliau berkata, pembinaan Kompleks Bebas Cukai yang dibina di Pulau Bayas, akan menjadi projek yang tidak berdaya maju.

“bangunan kompleks yang masih tidak siap yang memakan belanja hampir mencecah RM600 juta di pulau dalam tasik buatan……..yang tidak boleh dimasuki oleh mana-mana kapal dari luar,

“Ianya bakal menjadi satu lagi projek ‘ gajah putih’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu,” tegas beliau.

Mengulas perkara yang sama, Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Zarani Othman berkata, pelancaran Zon Bebas Cukai baru-baru ini itu, memperlihatkan bahawa kerajaan sangat terdesak untuk menjawab pelbagai soalan ekoran kemarahan rakyat.

“Nampak sangat kerajaan di bawah pimpinan ADUN Seberang Takir itu tiada persediaan…….hanya dengan empat premis jualan sementara yang dibuka,

“Ini (adalah sebenarnya) sebagai gimik dan petanda pilihan raya umum (PRU) 14 sangat hampir,” katanya.

Bahkan jelasnya, parti lawan dilihat semakin takut dan gelisah dengan sokongan rakyat yang semakin bertambah kepada PAS, selepas kejayaan HARAP 3.7 di Batu Rakit.

“Yang paling ditakuti (Umno), rakyat Terengganu tidak memilih mereka (untuk) memerintah selepas PRU 14 ini,

“(Sudahlah) duit habis (banyak) tapi projek tak nampak lagi …. sebagaimana projek gah Taman Ilmu di Tembila, Besut,

“Projek Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang dimulakan tahun 2011 dan dikatakan akan siap pada tahun 2014 (tapi) sehingga kini masih lagi tidak siap,” jelasnya.

Justeru kata beliau, Lawatan Berinfomasi anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu ke Tasik itu, membenarkan apa yang menjadi sungutan rakyat Terengganu.

“Kami dimaklumkan kos pembinaan (semua projek) sehingga kini mencecah hampir RM1 biliom dengan ekonomi yang merudum dan harga barang semakin naik,

“Akhirnya projek tersebut hanya untuk (keuntungan) kroni sahaja dan rakyat juga yang menderita ………. cukup cukuplah…. …jom kita realisasikan slogan PAS GANTI UMNO,” seru Zarani.