Ziarah Prihatin DACS Sempena Ramadan

208

Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terenggganu bersama Pemuda PAS DUN Bandar menganjurkan program Ziarah Prihatin, sempena Ranadan.

Ketua Kebajikan DACS Abbas Ayie berkata, lawatan diadakan sebagai tanda hubungan ukhuwwah dan kecaknaan Pemuda.

“Kita berkunjung ke rumah Ridzuan Alias di Kampung Tok Ku di sini.

“Ridzuan cedera ketika di pergelangan kaki ketika menyertai Kejohanan Fitsal peringkat dewan itu tempoh hari.” ujar beliau.

Katanya, Pemuda turut menyampaikan sumbangan prihatin kepada Ridzuan

Abbas berkata Nabi menggalakkan aktiviti ziarah menziarahi sesama umat Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan sesama mereka.

Katanya, hubungan persaudaraan Islam diibaratkan seperti satu jasad, jika ada anggotanya sakit, seluruh anggota lain turut merasa sakit.

“Umat Islam digalakkan untuk bertolong menolong antara satu sama lain sebagai tanda prihatinnya kesusahan saudara seagama mereka,” jelas beliau.