Oleh : De Fonso
MARANG – Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang telah mengadakan program ziarah mahabbah di Cawangan Pulau Kerengga petang 23 Januari lalu.
Program ziarah kali ini turut disertai Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Marang, Y.bhg Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Menurut ketua PPDRR Aswadi Mohamad, tiga keluarga telah dipilih untuk program ini. Bermula dengan keluarga yang pertama iaitu keluarga Saifudin bin Zakaria, yang baru kehilangan ayahnya khamis lalu kerana serangan jantung pada usia 60 tahun.
“Saifudin anak sulong dari sembilan beradik itu amat terharu dan mengucapkan terima kasih diatas kunjungan ini.
“Rumah kedua Mohd Zaki bin Awang,40an yang masih bujang tidak dapat bekerja, kerana menghidapi penyakit gaut yang agak kritikal,”ujar Aswadi.
Manakala keluarga ketiga kunjungan kami ke rumah Haji Omar bin Abdullah, 69 tahun yang menghidapi serangan strock.
Program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan kita akan turun ke cawangan-cawangan lain di dalam DUN Rhu Rendang khususnya.