Ziarah Bina Hubungan Antara PAS Dan Muallaf

319

Oleh : Aina Hassan

SETIU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membina hubungan silaturahim antara saudara baharu (Muallaf) dan sentiasa menziarah golongan tersebut .

Pengerusi Lajnah Dakwah, Rekreasi dan Kesenian, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Ustazah Noorzila Mohamad berkata program ‘mahabbah’ itu tidak asing lagi dalam kalangan muslimat.

“Ia telah dianjurkan sejak sebelum bermulanya pandemik lagi bagi membina hubungan silaturahim dengan saudara baru,” ujarnya.

Ustazah Noorzila menjelaskan demikian ketika dihubungi semalam, selepas mengadakan kunjungan kepada enam buah rumah yang terbabit di kawasan Setiu pada 27 November lalu di sini.

Menurutnya, rombongan tersebut ke Kampung Merang, Kampung Fikri dan Kampung Pak Kancil yang terdiri daripada saudara baru yang berasal dari Thailand, Sabah, Kajang dan masyarakat setempat.

Katanya, salah seorang baharu yang ditemui, Suda Abdullah yang berasal dari Thailand melahirkan rasa gembira diatas penerimaan masyarakat setempat yang sangat mengambil berat mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah semua orang tolong. Semua orang baik-baik. Contoh macam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni, selalu sampai bantuan. Alhamdulillah” katanya..