Yeo Kian Leong aktivis PAS Sarawak

1599

Penerimaan masyarakat Cina Sarawak terhadap PAS amat mengalakkan dan mereka menerima PAS sebagai sebuah parti untuk semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak Haji Jofri Jaraiee, bahkan PAS Sarawak mempunyai seorang aktivis ‘non-muslim’ yang sangat aktif melaksaakan pelbagai aktiviti bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), khususnya di kawasan Miri.

Mr Yeo SU DHPP“Walaupun pada mulanya mereka agak takut dengan kehadiran PAS tetapi setelah mereka mengenali PAS (dan) dengan adanya aktiviti PAS bersama masyarakat setempat, membolehkan mereka mengenali lebih dekat lagi tentang perjuangan PAS selama ini.

“Baru-baru ini PAS Miri bersama dengan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Miri telah mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di kawasan Senadin, sekitar bandaraya Miri dan juga di Niah Sibuti.

“Pengagihan kuih bulan ini telah diketuai oleh setiausaha DHPP Mr Yeo Kian Leong, khas untuk masyarakat Cina di sekitar kompleks membeli-belah, bazar di bandaraya Miri dan juga Sibuti,”kata Haji Jofri

Beliau berkata, Mr Yeo Kian Leong, seorang Cina yang komited dengan perjuangan PAS, beliau yang banyak membantu PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS kepada masyarakat Cina.

Katanya, peglibatan orang Cina seperti Mr. Yeo tekah meruntuhkan ‘tembok fitnah’ pihak lawan terhadap PAS dan masyarakat setempat yang sudah mengenali PAS tidak mudah termakan dengan hasutan mereka yang ‘cemburu’ dengan kehadiran PAS di Sarawak.

“Apabila kita mengenali antara satu sama lain dan memahami adat resam dan budaya pelbagai kaum maka tiada timbul masalah perkauman……….perkara inilah yang PAS hendak dedahkan kepada masyarakat Cina dan yang bukan Islam,

“yang (hakikatnya) agama Islam menyeru kepada keamanan agar mereka tahu bahawa PAS bukan memaksa mereka menganut agama Islam seperti dakwaan sesetengah orang yang memang tidak suka dengan PAS,”tambah Haji Jofri