YB Chukai Ajak Mantan PM, TPM Jatuhkan Najib Dan Umno

1339

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat yakin sokongan kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang meningkat dengan khidmat yang diberikan kepada rakyat.

FB_IMG_1467566803398Beliau berkata, walaupun dinafikan peruntukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) namun dengan sokongan khalayak, jutaan ringgit sumbangan dapat diagihkan kepada rakyat.

“Umpamanya saya di Chukai, alhamdulillah pelbagai progran dapat diilaksanaka dengan jayanya,

“Dari program Jejak Asnaf di Kampung Banggul Kiri dimana kita agihkan bantuan kepada seramai 20 keluarga fakir miskin dan ibu tunggal,

“sehinggalah program sumbangan Aidilfitri kepada 88 orang fakir miskin di Kampung Dusun Nyior,

FB_IMG_1467566782996“Kemudian program bersama hampir 200 orang anak yatim berbuka puasa sambil menerima sedikit sumbagan duit raya dan kuih raya dan banyak lagi “jelasnya.

Beliau berharap semoga dengan sumbangan itu dapat meringankan sedikit bebanan keluarga yang memerlukan.

Ditanya tentang sambutan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Tionghua, beliau yakin, mereka berpuas hati dengan khidmatnya.

“Kaum Cina Kemaman memberi sokongan yang padu dan sangat berpuas hati dengan khidmat YB yang sentiasa bersama,

IMG-20160701-WA0057
Program membahagikan bubur lambuk di pasar Ramadan pada Khamis 30hb Jun, sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk diedarkan,termasuk kepada bukan Islam

“terutama di majlis kematian, orang sakit dan majlis sosial,”kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu.

Justeru sempena kedatangan Syawal, beliau mengajak mantan Perdana Menteri dan mantan Timbalan Perdana Menteri, bersama-sama ‘Blok Ketiga’ menjatuhkan bukan sahaja Najib, tetapi kerajaan BN seluruhnya.

“Sempena akhir Ramadan, saya mengajak Tun Mahathir, Tan Sri Muhyudin dan Datuk Mukhriz,

“bersama-sama ‘blok ketiga’ untuk menumbangkan Najib dan Umno bagi mengembalikan Malaysia kepada satu era baru yg bertunjangkan syariat Allah SWT disamping memertabatkan semula bangsa Melayu yang semakin layu,”tegasnya