Yayasan Amal Terengganu Rakan Tabung Darah HSNZ

1579

KUALA TERENGGANU – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) terpilih sebagai rakan NGO Tabung Darah Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) yang aktif mencari para penderma dalam komuniti.

IMG-20150614-WA0115Penyampaian penghargaan tersebut telah dibuat pada satu majlis, sempena Hari Penderma Darah Dunia di Duyung Marina dekat sini, pada Ahad 14 Jun.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu diwakili oleh Wan Mohd Ikhwan Wan Ariff selaku Setiausaha Kerja, bagi menerima penghargaan yang julung kali daidakan itu.

Majlis tersebut diadakan sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2015.

Menurut Pengerusi YAMCT, Dr Suhazeli Abdullah, sehingga tahun lalu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu sudah masuk tahun ke tujuh menganjurkan kempen derma darah di beberapa lokasi terpilih seluruh negeri.

“Pada tahun ini, dijangka 20 buah lokaliti akan diadakan kempen derma darah tersebut,”tambahnya.