Yang Menuduh Kena Sedar Diri…..

4685

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Puluhan tahun PAS bertanding, tak pernah timbul isu dan masalah hal ‘deposit’ pilihanraya. Yang lompat masuk PAN pun bertanding dalam PRU lepas dengan deposit pilihanraya dibayar oleh PAS.

Bukan mereka bayar sendiri, baik deposit calon atau deposit bahan kempen semuanya dibayar oleh parti.

Malah PAS Terenganu pernah tolong bayar deposit pilihanraya bagi calon biru muda dalam PRU 11 dan PRU 12 di Terengganu.

Bila SPR pulangkan deposit pilihanraya kepada parti biru muda selepas PRU 11, terus senyap begitu saja. Sedangkan duit deposit itu milik PAS, bukan duit milik parti biru muda.

Duit poket calon pun PAS Terengganu bagi RM5k kepada setiap calon termasuk calon biru muda dalam PRU 11. Inilah PAS kalau ada lagi yang belum kenal.

Kenapa selama ini tak timbul dari mana PAS ambil duit? Eh! Sekarang baru timbul, kalau bukan ambil duit dari Umno, dari mana PAS dapat duit nak bayar deposit?

Masa masih bersama dalam PR dulu pun, PAS dah tolong bayar deposit untuk rakan PR! Tak kan nak bayar untuk calon parti sendiri tak ada duit?

Tuduhan PAS terima duit Umno nampaknya terus jadi modal untuk memburukkan PAS termasuk yang terbaru hal tiga orang pimimpin PAS Terengganu yang difitnah terima duit Umno.

Oleh kerana kenal rapat dengan ketiga-tiga mereka, maka saya tak berminat sikit pun nak tanya tuan diri yang dituduh. Sebab apa tak nak tanya? Sebab dalam bab ini saya cerdik dan saya kenal siapa mereka bertiga. Dengan istilah Terengganu, ambe ni jenis orang reti kelih butir mata orang!

Umno bagi duit kepada pimpinan PAS Terengganu nak buat apa? Untuk lawan PH?

Hey!! Sedar atau tidak bahawa PH tak wujud di alam nyata di Terengganu? Kasar sikit jawab. Baik PKR, PAN, PPBM dan DAP tak ada satu pun cawangan yang hidup dan aktif di Terengganu. Nak lawan kamu buat apa?

PPBM memang diakui oleh Tun Mahathir tak ada cawangan. PAN tak usah berlagaknak jadi kereta kancil ekzos besar. PKR tolong senaraikan nama cawangan yang hidup dan aktif di Terengganu.

Dalam PRU 14 ini yang PAS Terengganu sedang hadap ialah Umno. Umno pula habis segala strategi diatur untuk nak lawan PAS termasuklah persempadanan baru kawasan pilihanraya.

Tiba-tiba ada pemimpin Umno bagi duit kepada pimpinan PAS. Budak sekolah rendah pun boleh faham, ia bermaksud pemimpin Umno bagi duit kepada pimpinan PAS untuk lawan Umno.

Kalau tak faham juga, tolong hantuk kepala sendiri ke dinding tiga kali!