Warga Tionghua KT Setuju Turunkan Umno dan BN

11385

KUALA TERENGGANU – Warga Tionghua Kuala Terengganu menyahut seruan PAS dan bersetuju untuk menurunkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat ketika berucap mempersoalkan tindakan kerjaan, menaikkan harga minyak petrol dan diesel bermula semalam.

Beliau lalu bertanya, ada para hadirin bersetuju dengan supaya Umno dan BN ‘dijatuhkan’?

“minyak baru naik semalam……adakah kita semua baik? Setuju tak kalau kita turunkan Najib, Umno dan Barisan Nasional?,”katanya.

“setuju….!,”jawab lebih 200 orang yang hadir pada majlis Jamuan Makan sempena Tahun Baru Cina dianjurkan oleh PAS Kawasan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Program bersama dengan Badan Perhubungan PAS negeri itu diserikan dengan kehadiran Persiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu, Yang DiPertu PAS Kuala Terenganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkta, kehadiran ramai orang Cina pada petang itu membuktikan, dakwaan kaum tersebut ‘takut’ kepada Presiden PAS adalah tidak benar.

Beliau berkata, PAS yang menang kawasan Parlimen itu pada PRU lalu akan terus memberikan khidmat.

“PAS akan memberi khidmat kepada semua, Melayu….Cina…..India, tidak kira bangsa, walaupun Ahli Parlimen PAS lari masuk parti lain….tapi PAS tak lari,

“PAS akan terus berkhidmat kepada pengundi yang telah memilih PAS,”tegasnya.